Sunday 4 September 2011

Sekolah Menengah!!!!!!

Hai semua....
nak sambung pula cerita mengenai memori persekolahan ku.... Mar dah ceritakan memori masa sekolah rendah kan sekarang Mar nak kongsi memori Mar Sekolah menengah....
Sekolah Menengan Kebangsaan Paris itu lah nama sekolah Mar... Aku belajar di sekolah nie sampai tingkatan 3.. Masa mula-mula masuk memang seronok.. dapat kenal ramai kawan... Masa aku tingkatan satu kami kena mengambil ujian penentuan kelas. Ujian itu tidak lah susah sangat.. Akhirnya dapat la juga aku masuk kelas A tapi yang sedih nya kawan ku kasmawati dapat kelas B sedih ooohhhh berpisah dengan dia.. ya lah dia lah yang rakan karib ku masa sekolah rendah... di mana ada aku di situ ada dia...kenangan sekolah menengah tidak banyak lah...sebab fikiran itu macam matang kan jadi semua yang di buat mesti ada perasaan malu...

Kenangan yang paling seronok masa tingkatan 3. Mar saat-saat akhir nak tinggal kan sekolah dan masa nak menduduki peperiksaan lah Mar aktif. Aku selalu ikut acara perbarisan, bola sepak, acara padang dan sebagainya sama juga masa aku sekolah rendah dulu. tapi Mar bukan nak kongsi pasal nie Mar nak kongsi mengenai lakonan yang Mar dan kawan-kawan dah buat.. Masa itu guru yang mengajar subjek Bahasa Malaysia mengarah kan kami membuat lakonan untuk lisan. Jadi nak di jadikan cerita aku dan kawan-kawan ku laila, iskandar, rusman, fatma, suzi, dan dwi jadi satu kumpulan... kami mang rapat dengan budak lelaki yang 2 orang.. Masa itu kami berlatih di masjid berdekatan dengan rumah suzi.. aku jadi anak derhaka hehehehehe penat berlatih kami di ajak makan  oleh ibu suzi yang lucunya budak lelaki ini malu-malu pula nak makan... maklumlah dikelilingi dengan perempuan.... akhirnya hasil usaha kami berlatih, kami menjadi kumpulan terbaik masa pembentangan lakonan....

Kenangan yang paling menyedihkan masa sekolah menengah masa aku tidak bersefahaman dengan Dwi. Dah lah aku duduk bersebelahan dengan dia macam orang yang tidak mengenali antara satu sama lain... masing-masing buat hal sendiri.. Dwi kawan yang paling rapat dengan aku dan dia lah kawan yang paling aku sayang sebab dia selalu bantu aku... Pada satu hari itu Dwi tidak hadir ke sekolah jadi ke esokan harinya dia hadir tapi dia takut nak jumpa cikgu untuk memberitahu sebab dia tidak dapat hadir ke sekolah... aku yang baik ini pun berani kan diri jumpa cikgu tersebut last-last kami berdua di panggil... cikgu itu guru disiplin di sekolah... Cikgu itu tanya kenapa bukan Dwi yang datang jumpa dia, jadi aku cakap lah 'dia takut Cikgu' dari situ Dwi dimarah aku pun sama gak lah di marah juga... Cikgu cakap jangan menyusahkan orang lain untuk berjumpa dengan Cikgu kalau tidak berani.. Dari situ Dwi pun malu sebab dia di tegur dalam kelas punyalah ramai orang yang dengar... Lepas itu dia marah aku, dia tidak tegur, aku cuba juga nak minta maaf tapi dia diam jak.... ntah macam mana kami bertegur semula setelah hampir seminggu berdiamkan diri.. Salah aku juga kan masuk campur dalam hal orang....hehehhe

Kenangan yang tidak dapat ku lupakan dan sering menjadi pedoman ku untuk terus berjaya masa aku nak ambil keputusan PMR. Mula-mula memang berdebar-debar takut kalau-kalau keputusan teruk sangat tapi alhamdullilah berkat usaha dan doa ibu bapa akhirnya aku berjaya juga walaupun bukan menjadi yang pertama tapi aku menjadi yang ketiga... Aku terus jumpa dengan mamaku untuk bagitahu berita tersebut tapi yang hampa nya dia tidak percaya dia ingat aku main-main jadi aku pun diam jak lah.... Sampai di rumah adik dan bapaku tunggu di luar rumah... Mula-mula aku tidak mahu bagitahu ya lah nak buat kejutan tapi si adik ini tidak sabar nak tahu keputusan ku aku pun terus bagitahu dia... apabila bapa aku dengar jak keputusan aku terus dia berlari kearah aku dan memeluk aku... itu lah saat yang paling menyentuh hati ku tapi gembira... apa tidaknya pertama kali aku melihat air mata bapaku disebabkan kejayaan anaknya... bangga juga lah masa itu sebab aku merupakan anak yang pertama daripada antara adik beradikku yang dapat keputusan yang cemerlang.....

Saat terakhir aku di sekolah itu masa awal persekolahan tingkatan 4 aku mendapat panggilan untuk menyambung ke sekolah Teknik Lahad Datu.. Masa nak berpisah memeng sedih terpaksa meninggalkan kawan-kawan yang selalu berkongsi suka duka bersama.... Sampaikan ada seorang daripada kawan ku tidak mahu menegur aku mungkin sedih... Tapi apa boleh buat aku terpaksa pergi juga atas permintaan kedua ibu bapa ku.... sedih...sedih...sedih...

oklah sampai disini jak lah cerita mengenai kenangan ku di Sekolah Menengah mang tidak banyak kenangan yang menarik tapi bagi ku inilah kenangan terindah ku... Rindu dengan kawan-kawan ku... sekian Assalamualaikum

1 comment:

  1. What you need to know before making money in casinos - Work
    To start on this note, the only difference is that you'll not be able to withdraw money in 메리트 카지노 주소 your bonus cash worrione account, and instead the casino หาเงินออนไลน์ will award you

    ReplyDelete