Monday 5 September 2011

kenangan tahun 2008 di Teknik!!!!

Salam.....
Mar nak sambung Cerita di Teknik tapi kali ini Mar nak cerita semua kenangan Mar masa sekolah di Teknik..
Pertama Mar nak cerita kenangan semasa lawatan ke Universiti Malaysia Sabah... Masa itu aku dalam tingkatan 5... kelas kami 5US dan kelas 4US bergabung mengadakan lawatan ke UMS untuk melihat sejauh mana bidang atau jurusan keusahawanan di sana sebab kami ambil jurusan usahawan di sekolah Teknik....kami di iringi 2 guru perempuan 1 guru lelaki iaitu guru kelas kesayangan kami... perjalanan ke sana mengambil masa 6 jam.. sepanjang perjalanan masing-masing kami tidur takut mabuk bas.... sempat juga kami bergambar lepas itu terus tidur... kami singgah di Kundasang untuk makan tengah hari... fuhhhh sejuk kawasan Kundasang.. Banyak sayur dan buah-buahan yang dijual... Kami teruskan perjalanan kami tiba ke tempat penginapan dalam pukul 7.00 petang

sampai jak di bilik kami semua terus tebaring kepenatan... Dalam bilik punya lah sesak apa tidaknya kami perempuan kan ramai  terpaksa lah bersesak-sesak tidur pun tidak menentu ada yang tidur dekat pintu ada yang tidur atas katil tidak kurang juga yang tidur berdekatan dengan bilik air... hehehehe kumpulan kami lah itu... Bagi pelajar lelaki tidak jadi masalah sebab mereka hanya 5 orang sahaja termasuk pemandu bas kami...

Pada keesokan hari kami pun pergi ke UMS... Besar juga UMS nie.. Kami disambut dengan baik oleh pelajar dan organisasi bahagian keusahawanan di sana. Pelbagai aktiviti diadakan seperti ceramah tentang bidang keusahawanan, lawatan ke perpustakaan UMS, lawatan ke fakulti keusahawanan dan banyak lagi lah.. Selesai semua lawatan kami di hidangkan makanan baik betul orang UMS ini siap hidangkan makanan lagi... Lepas selesai makan kami adakan sesi fotografi...
Bergambar  bersama organisasi keusahawanan di fakulti Usahawan

Ini masa nak pergi ke UMS depan dengan penginapan kami

Yang ini tunggu kawan-kawan yang lain bersiap untuk pulang 

Kami kembali semula ke bilik masing-masing. Pada pukul 1.00 petang kami bersiap untuk ke One Borneo pusat membeli belah banyak juga barang yang menarik perhatian kalau nak di ikutkan nafsu memang nak borong semua tapi bajet tidak cukup jadi kena lah jimat.. Tidak cukup di situ malamnya kami pergi ke centre point... centre point pusat membeli belah yang paling sibuk .... kami balik ke bilik tepat pukul 12.00 malam habis di marah cikgu sebab masa itu ada kes yang menakutkan lah juga itu lah cikgu bimbang takut-takut kami pula yang kena... keesokan harinya cikgu yang jadi pengiring pulang tinggal lah kami anak-anak murid pergi lah bersiar-siar di kawasan sekitar Kota Kinabalu... Hari ahad kami pun pulang semula ke Sekolah Teknik dalam perjalanan kami singgah mandi-mandi di Poring Kolam air panas... memang seronoklah cuaca sejuk mandi di kolam air panas.... Selepas itu kami meneruskan perjalanan dalam bas seperti masa pergi semua diam kepenatan.... tapi yang paling lucu banyak kawan-kawan termasuk aku mabuk bas heheehhe tidak tahan lah duduk dalam kenderaan yang beraircond... kami sampai di asrama tepat pukul 8.00 malam.. sampai jak di bilik aku terus tidur rasa penat yang amat sangat macam dari bersukan pula....

Rehat punya rehat semua pelajar asrama dikehendaki berkumpul sebab ada kes kecurian masa itu... Biasa lah asrama tidak lari dari kes kecurian... Habis kena ceramah oleh warden yang sedihnya tidak ada seorang pun yang nak mengaku... Terpaksa lah tidur di atas jalan bertar depan rumah warden tanpa beralaskan tilam dan bantal.... Kesian nasib baik masa itu cuaca ok jak kalau hujan tidur dalam kebasahan lah jawabnya...

selesai satu kes datang pula kes lain... Ini berkaitan dengan kebersihan asrama lah... Kena marah lagi lah masa itu... Semua pelajar aspuri kena rotan oleh warden kalau satu atau dua rotan tidak kisah lah tapi dapat 14 rotan fuhhh habis calar balar tangan lepas dari itu kami terus jaga kebersihan... hehehehehe sepanjang berada di asrama di sini lah Mar dapat rasakan penangan rotan... ok lah cukup cerita pasal ini.. Sapa suruh nakal kan... Masa bulan syawal  pula ini lah pertama kali berpuasa bukan dengan keluarga.. sahur, buka puasa dan solat terawih semua dengan kawan-kawan ada kalanya kami di bagi untuk pulang ke kampung.. Masa nak bangun sahur lah yang paling susah tapi seronok lah sebab pelajar aspura tolong mengejutkan semua penghuni asarama bangun sahur.. Di situ lah dapat di lihat wajah-wajah yang belum mandi dengan mata yang sepet... Tidak ada lah perasaan malu sebab semua pun sama juga belum mandi.. Masa buka puasa memang kenyang lah apa tidaknya kawan-kawan Mar rajin belanja makan tidak cukup dengan juadah yang orang dewan makan hidangkan kami beli di bazar berdekatan dengan asrama last-last tidak larat nak pergi solat terawih... Habis waktu terawih kami di hidangkan lagi dengan moreh waktu puasa lah waktu yang paling mengenyangkan...hehhehe dekat-dekat nak raya banyak juga dapat kad raya dari kawan-kawan sampai sekarang Mar simpan kad raya yang kawan-kawan bagi sebagai kenangan...
                                       
                                                  Koleksi kad Raya






Lepas raya semua kelas masing-masing mengadakan jamuan raya tapi kami buat jamuan lain daripada yang lain kami buat rumah terbuka raya di rumah kawan Mar.. Kami kumpul duit.. Kami buat di rumahnya sebab dia pandai masak semua dia yang masak kami hanya bantu apa yang patut jak lah...masa ini lah dapat dikenal    siapa yang tidak pernah ke dapur untuk memasak. Kami jemput semua guru-guru sekolah Teknik mula-mula tidak ramai yang datang hampa juga lah bila malam jak wahhh ramai juga yang datang termasuk lah pengetua sekolah..

dalam perjalanan menuju ke rumah Suzie...... Belakang kereta nie
kereta Shelina

makan jangan tidak makan!!! hehehhehe

Semua ini hanya kenangan buat Mar dan kawan-kawan sebab selesai mengambil kertas yang terakhir kami terus berpisah... Masing-masing membuat haluan sendiri. Sekarang ada yang masuk UUM, Politeknik dan masuk kolej tidak kurang juga yang dah berkahwin... Rindu dengan mereka sebab bagi Mar kenagan yang paling mengembirakan masa ini lah... kalau lah  masa boleh diputar semula macam nak kembali semula ke masa lalu.. Sampai sekarang aku belum pernah berjumpa dengan mereka murujlah ada facebook dapat juga berjumpa semula walaupun hanya dalam maya.... harap-harap satu hari nanti kami semua dapat berjumpa semula... oklah itu sahaja lah memori kali ini moga bertemu kembali...
sekian .....Salam





No comments:

Post a Comment