Monday 12 September 2011

Memoriku di UPSI!!!!

Salam.....
Hai semua wat pa???? hehehehe
Hari pertama aku jejak kan kaki di bumi orang nie rasa macam nak balik jak semula..Masa aku mula-mula mendaftar aku di hantar oleh abang dan bapa aku.. Kami dah lah tak tahu jalan ke UPSI tu kena lah ikut penunjuk arah tu pun boleh sesat lagi...pusing punya pusing akhirnya sampai juga kami di tempat aku mendaftar di KHAR emmm tapi kami sampai awal aku mendaftar dalam pukul 12.00 tengahari sementara menunggu kami pergi lah jalan-jalan ke slim river...Cantik tempat tu..Masa nak balik semula ke KHAR tu kami sesat lagi...Penat kami pusing cari jalan keluar nak ke KHAR semula cari punya cari kami jumpa KAZ & KAB pula...emmm len yang di cari len pula yang kami jumpa...hahaha risau juga aku masa tu takut ta sempat nak mendaftar dah lah aku dari Sabah jauh tu...Kalau tak sempat sia-sia jak..Nasib baik lah kami jumpa juga jalan ke KHAR semula...Lepas tu kami pergi makan di restoran mamak sebab lama lagi masa aku nak mendaftar.. Tapi aku tak makan sebab perasaan ku takut, gementar pun ada juga.. tu lah aku tak dah selera nak makan...

Tiba lah giliran aku nak daftar di KHAR emm... Segalanya berjalan dengan lancar sebab semua di urus dengan teratur.masa tu hanya aku jak yang dibenarkan berada dalam tu kenalah aku urus sendiri tapi tengah aku mengurus aku tengok bapa aku masuk terus aku jumpa dia sebaba masa tu orang lain tak dibenarkan berada di kawasan pendaftaran hanya pelajar jak yang boleh berada di situ mungkin bapa aku risau kot...sayang bapa aku..dia lah yang banyak berkorban hingga lah aku dapat sambung belajar... Lepas semua selesai aku pun pergi lah rumah yang bakal aku diami sepanjang aku di sini rumah bernombor 1-5-10...Sampai jak di rumah nie aku jumpa Mazidah, dia budak seremban satu bilik dengan aku yang bestnya dia satu jurusan dengan aku juga umur pun sama...hahahaha macam dah di takdirkan pula...Lepas tu keluargaku pun balik...tinggal lah aku sendiri di bumi Perak nie...Menangis juga bapa aku masa nak tinggal kan aku..emmm sedih nie... masa aku nak ke Perak pun mama aku hanya hantar aku hingga aku nak naik bas ke airport aku lambai mamaku sampai lah aku dah tak tengok bayangan dia lagi...sedih tinggalkan kampung di situ lah banyak kenangan ku bersama keluarga.... Aku selalu tolong mak dan bapaku di kebun itu yang buat aku sedih sebab aku terpaksa tinggal kan mereka berdua buat kerja tu... Kalau boleh aku tak nak pergi sini oleh sebab dorongan dari mereka lah aku akhirnya sampai ke tanah UPSI yang aku tak pernah pun terfikir dapat masuk sini...Rezekiku di sini...

Tepat pukul 5.30 petang kami di suruh turun ke bawah ambil makanan sebab orentasi dah nak mula...setip orang di beri kupon makanan kalau hilang kupon tu alamatnya tak makan lah kami... Lepas makan kami kena beratur panjang menaiki bas ke Dewan SITC untuk permulaan sesi suai kenal... sepanjang sesi suai kenal banyak aktivit yang dijalankan... Ramai juga yang aku kenal masa nie..hehehehe cari kawan lah katakan..Aktiviti aku suka bila kami di ajar tepukkan 'Brake' best tepukan nie... Kami jalan-jalan keliling UPSI mengenali kawasan-kawasan UPSI... Tapi hari yang paling seronok sekali malam bacaan ikrar banyak aktiviti masa tu ada pertandingan lakonan, petandingan menyanyi dan persembahan dari pelajar Diploma seni muzik macam konsert pula malam tu... Masa bacaan ikrar secara automatiknya semangat kami timbul bukan main bersemangat lagi kami baca ikrar hinggakan Naib Canselor memuji kami...hehehehe semangat lah konon..

Kuliah pertamaku subjek matematik di Tadahan Utara..Masih lagi aku ingat masa nak cari tempat nie kami hampir setengah jam pusing UPSI penat juga kami pusing last-last tempat tu dah 3 kali kami lalu...hahahaha budak baru...Masuk jak kami ke kelas dah ada pensyarah fuhhh nasib baik orangnya baik lagipun dia faham kalau kami lambat masuk...Sesi pembelajaran belum mula lagi kami hanya perkenalkan diri jak... aku masa nie belum ada lagi kawan yang selalu jalan bersama aku...sendiri jak berjalan aku tak tahu bila aku mula kenal dengan Amna hehehe aku pun lupa lah... setelah seminggu kuliah aku mula tahu serba sikit tempat di UPSI nie kiranya kalau nak ke kuliah tu tak kan sesat lagi lah...

2 minggu lepas tu JMK KHAR adakan program jalin 1.. Tujuannya untuk mengeratkan hubungan antara penghuni KHAR... aktiviti yang di adakan senamrobik, merentas KHAR, sukaneka, ceramah dan baanyak lagi lah...Yang paling best masa sukaneka kumpulan aku menang stu permainan yang di kenali sebagai 'ke laut' mang ke laut lah kami... Permainannya setiap kumpulan kena beratur sambil memegang bahu rakan... kami kena sampai ke garisan yang telah ditunjukkan tapi arahan nya maju ke depan dan berundur ke belakang.. Jadi kami kenalah berfikir macam mana nak sampai ke garisan tu.. Nasib baik lah kawan aku nie terfikir caranya.. mudah jak kalau orang tu cakap ke depan 3 langkah kita kedepan lah tapi kalau orang tu kata ke belakang 3 langkah kita kena membelakangkan orang tu dan berundur lah.. begitu lah seterusnya tak sangka pula boleh menang...hehehehe disinilah aku mula kenal ramai orang...

Masa puasa pula, pertama kali aku rasakan buka puasa beramai-ramai... Kami makan satu talam 5 orang bayangkan lah selama aku hidup 19 tahun ini lah pertama dalam sejarah ku makan begitu... hahahaha lepas tu aku dah tak turun  lagi... terawih pun jarang turun banyak sangat assignment kena buat... kena lagi masa tu aku tengah sakit emmm sabar jak lah...huhuhuhuhu

emmmm sampai sini jak lah dulu ya len kali sambung lagi...daaaa

No comments:

Post a Comment