Monday 12 September 2011

kenangan bersamanya di Sabah Bawah Bayu !!!!!!

Salam.....
Hai semua sihat hari nie.... Alhamdullilah kalau sihat, aku sihat jak...hehehehe
kenangan yang akan aku lakarkan dalam blog nie kenangan ku bersamanya.....Bersama siapa ya??? aku mula kenal dia masa aku dalam tingkatan 6...Kami kenal pun disebabkan kawan ku yang bagi aku nombor telefonnya.. Masa aku mula-mula sms dia jual mahal.. Aku tanya dia 'awak nie keluaga niesa kah?... lepas tu dia balas "' Ya, jadi dah tau kan sekarang?... adui terus aku tidak sms dia lagi hampa juga lah tapi aku biarkan jak.. Aku pun mengadu dengan Niesa, Niesa sms dia bagitahu dia perkara yang sebenar... Keesokannya time aku tidur penat jawab soalan STPM dia call aku...'Hello, nie Mar ya...?? sori lah sebab berkasar tempoh hari,,, aku cakap 'tak pa aku ok jak'... hehehhe dari situ kami mula berkenalan...hampir setiap hari dia call aku... Dah lah nak exam...huhuhuhuhu


13/12/2010
kami merancang untuk berjumpa di bandar Sandakan....Orang yang baru kenal nak berjumpa untuk yang pertama kalinya nie mang payah lah...dah lah aku tak kenal rupa dia macam mana...Aku pun pergi lah bandar Sandakan punya lah lama aku tunggu macam nak tunggu Dato plak...Akhirnya dia call aku...Aku pun cakap lah aku tunggu di Stesen bas, dia ada di situ tapi aku tak kenal dia pun sama gak tak kenal aku last-last penat aku mencari aku berehat di pondok telefon terus aku telefon dia, aku cakap lah aku di pondok telefon rupanya dia di belakang ku jak...Macam dah jodoh plak kan baju kami masa tu sama warna... hehehehe...Kami pun jalan lah sama-sama tapi bukan kami berdua jak dia ada bawa kawan juga jadi kira oklah kan... Kami pergi kedai telefon nak beli sim pelajar untuk dia sempat gak kami bergambar di kedai telefon tu...pekerja di situ hairan tengok kami...Lepas tu kami pergi makan coto di restoran...emmm sedap gak...tapi aku tak makan...hehehehe... Penat berjalan dengan dia nie semua nak di jelajah.. 


Sepilok....
Habis jak STPM dia bawa aku ke pusat perlindungan orang utan yang terletak 30km dari Bandaraya Sandakan..Semasa berada di Sepilok nie, banyak peraturan kena ikut..Bukan main masuk jak. Semua pengunjung tidak dibenarkan untuk membawa sebarang beg atau pun handbag atau apa-apa jenis beg lah ke kawasan orang utan tinggal... Makanan dan minuman pun di larang juga sama sekali di larang bawa masuk. Sebabnya banyak kes yang berlaku disitu beg kena ragut oleh orang utan nie...orang utan pun boleh meragut.. Nasib baik haiwan kalau manusia dah mauk lokap...hehehehe jadi sebelum masuk tu kami buat pemeriksaan di pintu utama...Barang-barang semua simpan dalam loker.. Yang tak best nya tak boleh bawa kamera boleh bawa tapi kena bayar lah dulu RM10 satu kamera..Kami tak bawa kamera masa tu kami guna handfon jak lagi selamat...Kalau nak tengok orang utan nie kena ikut masa lah..Orang utan nie akan keluar masa nak makan jak...Kalau korang datang sebelum waktu makan alamatnya pokok jak lah yang ditengok..Ada 2 sesi waktu makan orang utan nie setiap hari iaitu 10.00 pagi dan 3.00 petang...Masa makan lah kami dapat lihat gelagat orang utan yang gelojoh sempat gak kami rakam tapi rakaman tu ada dengan dia...hehehe lepas jak tengok orang utan nie makan kami pun melawat di sekitar kawasan tu..Ada tayangan video dan pameran sejarah mengenai orang utan..


Masa makan!!!!!! emmm sedapnya...
hehehehehehe

Lepas habis kami lawat semua kami pun bertolak untuk balik ke rumah.. emmm dia balik rumahnya lah aku balik rumah ku tapi dia hantar aku dulu baru dia balik rumahnya.....


Sambut tahun baru bersama!!!!!
Masa tu dia ajak aku sambut tahun baru di bandar sandakan....Dia ajak aku malam tapi aku malas nak jalan kalau dah malam bek tidur jak di rumah kan... Jadi kami pergi masa siang.. Destinasi yang kami tuju Felda Sahabat 16, Lahad Datu,Sabah...Felda Sahabat16 adalah kawasan pelancongan sebab ada pantai di sini...Inilah kali pertama aku jejak kan kaki ku di pantai hehhehehe nasib baik dapat kenal dia dapat juga aku kenal dunia nie kalau tidak alamatnya terperap di rumah jak lah... Kami pergi dengan rombongan dalam 4 buah bas....Kalau nak masuk kawasan nie kena bayar RM5.00 satu bas...Sampai jak di situ mula-mula aku tak nak mandi tapi tengok yang lain mandi rasa macam nak join jak... Aku pun p la salin baju terus aku terjun mandi...hehehe nasib baik tak dalam kalau lah dalam masa tu boleh lemas aku...Banyak juga lah aktivit yang mereka adakan nie seperti sukaneka, bola tampar, pastu main bola dalam air hehehehe... Aku tengok jak malas nak join, join pun aku tak pandai nak main...Sambil mandi aku sempat tangkap obor-obor..aku tangkap guna plastik tak boleh tangkap guna tangan sebab binatang nie boleh menyebabkan gatal..Tengah seronok tangkap obor-obor hujan pula turun lebat tu kami tak tahu nak berteduh di mana lagi jadi kami biarkan jak hujan tu...Lepas puas mandi kami pun makan nie lah saat yang aku nantikan makan hehehehe... Leps makan kami sambung balik mandi puas mandi kami bersiap untuk pulang....sepanjang perjalanan tu aku tidur jak penat mandi...hehehehe....kalau ada masa nak pergi lagi Felda Sahabat nie sama-sama...


Jalan-jalan di kampung!!!!
Seminggu sebelum aku terbang ke Perak untuk sambung belajar dia ajak aku jalan-jalan di kawasan kampungnya di Telupid... Suasana tempat dia tinggal berbeza dengan suasana kampung Mar sebab tempatnya rumah rapat-rapat sebab kawasan estet..hehehe dekat kilang... Suasananya mang seronok lah lebih-lebih lagi kalau petang ramai yang keluar bermain ada yang main badminton, bola sepak dan banyak lagi lah... Kampung dia law petang baru ada orang yang ditengok kalau pagi dan tengah hari semua hilang masing-masing pergi kerja... Kami pergi memancing ikan kaloi..nie lah hobinya memancing..Lepas mancing terus mandi sungai..Aku bermalam di rumahnya sehari jak.. Keluarganya pun ok juga lagi pun dia nie anak manja....hahahaha.. Sempat juga dia bawa aku pergi ke tempat kerjanya.. Seronok bila tengok mereka melakukan kerja suatu kerja tu bersama-sama ( kira dorang nie sehati sejiwa ) selalu bergurau bila di lihat macam tak dah masalah jak.. Kawan-kawannya semua dah kahwin dia jak yang bujang... kesian... 


Masa aku nak terbang ke Perak ada juga lah dia hantar aku sampai ke lapangan terbang...emmm masa tu lah aku rasa sedih sangat sebab tak tahu bila lagi baru aku dapat jumpa dia, jalan sama-sama... 2 tahun aku di sini harap tahun depan dapat lah aku balik ke Sabah dapat gak jumpa dia lagi...hehehe jangan jeles ya...
emmm tu jak lah kenangan ku bersamanya.... Sekian..

No comments:

Post a Comment