Sunday 4 September 2011

Sekolah Menegah Teknik Lahad Datu

Salam.......
Kali ini kenangan di Sekolah Menegah Teknik Lahad Datu sekolah menengah ke-2 ku.....Di sini lah aku mula hidup berdikari sebabnya aku tinggal di asrama .. First time pisah ngan keluarga memang sedih terpaksa hidup seorang diri.. segalanya diurus sendiri... tapi aku kira ok lah sebab dari aku sekolah rendah lagi aku di ajar untuk hidup berdikari... ibu bapa ku selalu sibuk dengan bisnes mereka sebab masa itu kehidupan kami tidak mewah hanya ala kadar sahaja... setiap hari ibu dan bapa ku keluar untuk berniaga tambahan pula kakak dan abang ku semua kerja tinggal lah aku bersama adik ku... segala urusan rumah seperti basuh baju , memasak dan kemas rumah aku buat sendiri adik ku ada juga menolong tapi dia masa itu masih kecil lagi.... itu lah masa aku tinggal di asrama aku senang melakukan kerja-kerja menguruskan diri sendiri...

Masa pertama kali menjejak kan kaki di sekolah itu aku rasa sangat gembira tapi terimpan juga kesedihan berpisah dengan keluarga... aku di hantar oleh bapa ku.. setiap kali dia menghantar aku ke sekolah yang baru mesti dia sedih.. mungkin memikirkan hidup yang bakal aku tempuhi di sekolah ini tanpa penjagaan mereka...
yang paling aku tidak suka masa orentasi... banyak betul dugaan di marah warden la, di marah pengawas, terpaksa berjalan itik dari asrama ke dewan sekolah fuuhhhh jauh itu... tiba jak di dewan kami di arahkan untuk ketuk ketampi pula... oleh sebab kepenatan banyak lah pelajar yang kejang dan pengsan.. ini lah orentasi pertama yang aku lalui sepanjang hidup ku dan orentasi yang sangat memerlukan aku untuk tabah... sehingga kan aku rasa ingin pulang ke kampung...tidak cukup dengan orentasi asrama, kami terpaksa menghadapi orentasi sekolah... tapi orentasi sekolah tidak begitu mencabar tidak seperti orentasi asrama... selama seminggu kami menghadapi orentasi... penat, sedih, takut dan pelbagai lagi perasaan timbul...

Masa di kelas pula aku macam orang buntu tidak ada seorang pun yang aku kenal... aku satu-satunya pelajar dari Sekolah Paris yang lain semua ada rakan sekolah ada juga yang sekelas... aku duduk bersebelahan dengan pelajar dari SMK Segama bertentangan dengan dengan Sekolah Teknik namanya Shelina... dia lah yang menjadi kawan karib ku sepanjang aku bersekolah di sini... Pada hari pertama masuk kelas kami berkenalan dengan guru-guru yang bakal mengajar... ada yang tegas, ada yang penyabar dan ada juga yang suka buat lawak. Tapi guru yang kami paling takut Cikgu Norhafizah, dia mengajar subjek matematik tambahan... Masa dia masuk kelas dia tanya 'siapa yang sebelum masuk ke sekolah ini dia ada belajar matematik tambahan di sekolah lama', aku ingat dia ini tidak lah tegas sangat last-last aku angkat tangan sebab aku ada ambil subjek itu di sekolah lama... semenjak dari itu aku selalu di soal berkaitan dengan matematik tambahan.. aku tidak tahu apa-apa sebab masa di sekolah dulu cikgu yang mengajar subjek ini hanya memberikan pengenalan sahaja... fuhhh memang pedas lah sindiran cikgu itu sampai aku menangis tapi aku menangis sorok-sorok dari kawan-kawan... Nasib baik kawan ku bagi aku semangat... Dari situ aku terus belajar sendiri sebelum masuk kelasnya alhamdullilah aku dapat juga dan dia pun tidak tanya aku terus.. Dia tegas tapi aku suka sebab aku faham ya lah setiap kali sebelum masa nya mesti siapkan kerjanya kalau tidak habis lah kena marah.. Tapi di kelas lain tidak takut dengan cikgu ini.. mereka buat selamba jak... setelah dia pindah ke sekolah lain rindu pula dengan dia...

Masa aku dalam tingkatan 5 guru kelas kami ditukar dengan guru yang baru mengajar di sekolah itu... Nama Cikgu kami masa itu En Nizam Bin Mustpha.. Beliau seorang yang sangat baik... kenangan tingkatan 5 merupakan kenangan yang tersangat indah dalam hidup ku... Dengan guru kelas yang baik, prihatin dan sayang dengan anak buahnya serta kawan-kawan sekelas yang sejiwa... Kelas kami selalu mendapat kelas yang terbersih sehingga lah pengetua kami belanja makan...

ini lah guru kelas kami.... Yang ini kami sambut hari jadi nya masa beliau buat rumah terbuka hari raya...  Yang paling lucu masa kami kenakan cikgu kami... semua cadangan kawan ku yang memang bising tahap dewa dalam  kelas tanpa dia tidak ceria lah 5US.. Pada satu hari tu cikgu Nizam masuk kelas untuk mengajar kami sekelas sepakat tidak mahu layan cikgu... Beliau pun jadi tidak semangat nak mengajar kami... Setiap kali dia tanya soalan , jawab memang kami jawab tapi tidak seperti selalunya kami suka main-main kalau menjawab tapi kali ini kami serius... cikgu pun tanya apa masalah kami ya lah kami selalu juga gaduh sesama kawan sampai cikgu pun tahu... Beliau ingat kami gaduh.. Last-last dia keluar dari kelas biarpun masanya belum tamat lagi... terpaksa lah kami pergi minta maaf tapi beliau tidak ambil hati sebab beliau tahu sikap kami...





ini pula gambar kelas kami... Mar hanya paparkan satu sudut saja lah....








yang ini gambar kawan-kawan aku... Masa ini dah dekat nak ambil SPM jadi tidak ramai cikgu yang masuk kelas kami pun buat lah parti makan-makan.... Makanan ini di sumbangkan oleh kawan-kawan yang tinggal di rumah masing-masing ya lah kami kan tinggal asrama jadi tidak ada lah makanan yang di bawa...


Semua cikgu yang mengajar kami suka masuk kelas kami sebab mereka cakap kelas kami ceria tidak seperti kelas lain.. apa tidaknya seorang jak lelaki dalam kelas yang lain semua perempuan jadi tidak hairan lah kalau suara kami kedengaran di pejabat guru...kenangan 5US tidak dapat dilupakan.... terbaik... Rindu dengan geng 5US dan cikgu Nizam

oklah setakat ini jak lah yang dapat Mar kongsikan berkenaan memori di Sekolah Menengah Teknik... sekian Salam....


No comments:

Post a Comment