Monday 26 September 2011

perkhemahan di teratak riverview!!!!




















bom......

macam tikus plak....huhuhuh



tukang masak !!!!









korng terbaik


sempat lg pose....

muka merah.....kena asap....huhuhhuh



korang mang best la.....


perkhmahan pertamaku.... d teratak river view... rindu sgt2 memori nie....harap akan ada lg....rindu sgt2....

Monday 12 September 2011

Memoriku di UPSI!!!!

Salam.....
Hai semua wat pa???? hehehehe
Hari pertama aku jejak kan kaki di bumi orang nie rasa macam nak balik jak semula..Masa aku mula-mula mendaftar aku di hantar oleh abang dan bapa aku.. Kami dah lah tak tahu jalan ke UPSI tu kena lah ikut penunjuk arah tu pun boleh sesat lagi...pusing punya pusing akhirnya sampai juga kami di tempat aku mendaftar di KHAR emmm tapi kami sampai awal aku mendaftar dalam pukul 12.00 tengahari sementara menunggu kami pergi lah jalan-jalan ke slim river...Cantik tempat tu..Masa nak balik semula ke KHAR tu kami sesat lagi...Penat kami pusing cari jalan keluar nak ke KHAR semula cari punya cari kami jumpa KAZ & KAB pula...emmm len yang di cari len pula yang kami jumpa...hahaha risau juga aku masa tu takut ta sempat nak mendaftar dah lah aku dari Sabah jauh tu...Kalau tak sempat sia-sia jak..Nasib baik lah kami jumpa juga jalan ke KHAR semula...Lepas tu kami pergi makan di restoran mamak sebab lama lagi masa aku nak mendaftar.. Tapi aku tak makan sebab perasaan ku takut, gementar pun ada juga.. tu lah aku tak dah selera nak makan...

Tiba lah giliran aku nak daftar di KHAR emm... Segalanya berjalan dengan lancar sebab semua di urus dengan teratur.masa tu hanya aku jak yang dibenarkan berada dalam tu kenalah aku urus sendiri tapi tengah aku mengurus aku tengok bapa aku masuk terus aku jumpa dia sebaba masa tu orang lain tak dibenarkan berada di kawasan pendaftaran hanya pelajar jak yang boleh berada di situ mungkin bapa aku risau kot...sayang bapa aku..dia lah yang banyak berkorban hingga lah aku dapat sambung belajar... Lepas semua selesai aku pun pergi lah rumah yang bakal aku diami sepanjang aku di sini rumah bernombor 1-5-10...Sampai jak di rumah nie aku jumpa Mazidah, dia budak seremban satu bilik dengan aku yang bestnya dia satu jurusan dengan aku juga umur pun sama...hahahaha macam dah di takdirkan pula...Lepas tu keluargaku pun balik...tinggal lah aku sendiri di bumi Perak nie...Menangis juga bapa aku masa nak tinggal kan aku..emmm sedih nie... masa aku nak ke Perak pun mama aku hanya hantar aku hingga aku nak naik bas ke airport aku lambai mamaku sampai lah aku dah tak tengok bayangan dia lagi...sedih tinggalkan kampung di situ lah banyak kenangan ku bersama keluarga.... Aku selalu tolong mak dan bapaku di kebun itu yang buat aku sedih sebab aku terpaksa tinggal kan mereka berdua buat kerja tu... Kalau boleh aku tak nak pergi sini oleh sebab dorongan dari mereka lah aku akhirnya sampai ke tanah UPSI yang aku tak pernah pun terfikir dapat masuk sini...Rezekiku di sini...

Tepat pukul 5.30 petang kami di suruh turun ke bawah ambil makanan sebab orentasi dah nak mula...setip orang di beri kupon makanan kalau hilang kupon tu alamatnya tak makan lah kami... Lepas makan kami kena beratur panjang menaiki bas ke Dewan SITC untuk permulaan sesi suai kenal... sepanjang sesi suai kenal banyak aktivit yang dijalankan... Ramai juga yang aku kenal masa nie..hehehehe cari kawan lah katakan..Aktiviti aku suka bila kami di ajar tepukkan 'Brake' best tepukan nie... Kami jalan-jalan keliling UPSI mengenali kawasan-kawasan UPSI... Tapi hari yang paling seronok sekali malam bacaan ikrar banyak aktiviti masa tu ada pertandingan lakonan, petandingan menyanyi dan persembahan dari pelajar Diploma seni muzik macam konsert pula malam tu... Masa bacaan ikrar secara automatiknya semangat kami timbul bukan main bersemangat lagi kami baca ikrar hinggakan Naib Canselor memuji kami...hehehehe semangat lah konon..

Kuliah pertamaku subjek matematik di Tadahan Utara..Masih lagi aku ingat masa nak cari tempat nie kami hampir setengah jam pusing UPSI penat juga kami pusing last-last tempat tu dah 3 kali kami lalu...hahahaha budak baru...Masuk jak kami ke kelas dah ada pensyarah fuhhh nasib baik orangnya baik lagipun dia faham kalau kami lambat masuk...Sesi pembelajaran belum mula lagi kami hanya perkenalkan diri jak... aku masa nie belum ada lagi kawan yang selalu jalan bersama aku...sendiri jak berjalan aku tak tahu bila aku mula kenal dengan Amna hehehe aku pun lupa lah... setelah seminggu kuliah aku mula tahu serba sikit tempat di UPSI nie kiranya kalau nak ke kuliah tu tak kan sesat lagi lah...

2 minggu lepas tu JMK KHAR adakan program jalin 1.. Tujuannya untuk mengeratkan hubungan antara penghuni KHAR... aktiviti yang di adakan senamrobik, merentas KHAR, sukaneka, ceramah dan baanyak lagi lah...Yang paling best masa sukaneka kumpulan aku menang stu permainan yang di kenali sebagai 'ke laut' mang ke laut lah kami... Permainannya setiap kumpulan kena beratur sambil memegang bahu rakan... kami kena sampai ke garisan yang telah ditunjukkan tapi arahan nya maju ke depan dan berundur ke belakang.. Jadi kami kenalah berfikir macam mana nak sampai ke garisan tu.. Nasib baik lah kawan aku nie terfikir caranya.. mudah jak kalau orang tu cakap ke depan 3 langkah kita kedepan lah tapi kalau orang tu kata ke belakang 3 langkah kita kena membelakangkan orang tu dan berundur lah.. begitu lah seterusnya tak sangka pula boleh menang...hehehehe disinilah aku mula kenal ramai orang...

Masa puasa pula, pertama kali aku rasakan buka puasa beramai-ramai... Kami makan satu talam 5 orang bayangkan lah selama aku hidup 19 tahun ini lah pertama dalam sejarah ku makan begitu... hahahaha lepas tu aku dah tak turun  lagi... terawih pun jarang turun banyak sangat assignment kena buat... kena lagi masa tu aku tengah sakit emmm sabar jak lah...huhuhuhuhu

emmmm sampai sini jak lah dulu ya len kali sambung lagi...daaaa

kenangan bersamanya di Sabah Bawah Bayu !!!!!!

Salam.....
Hai semua sihat hari nie.... Alhamdullilah kalau sihat, aku sihat jak...hehehehe
kenangan yang akan aku lakarkan dalam blog nie kenangan ku bersamanya.....Bersama siapa ya??? aku mula kenal dia masa aku dalam tingkatan 6...Kami kenal pun disebabkan kawan ku yang bagi aku nombor telefonnya.. Masa aku mula-mula sms dia jual mahal.. Aku tanya dia 'awak nie keluaga niesa kah?... lepas tu dia balas "' Ya, jadi dah tau kan sekarang?... adui terus aku tidak sms dia lagi hampa juga lah tapi aku biarkan jak.. Aku pun mengadu dengan Niesa, Niesa sms dia bagitahu dia perkara yang sebenar... Keesokannya time aku tidur penat jawab soalan STPM dia call aku...'Hello, nie Mar ya...?? sori lah sebab berkasar tempoh hari,,, aku cakap 'tak pa aku ok jak'... hehehhe dari situ kami mula berkenalan...hampir setiap hari dia call aku... Dah lah nak exam...huhuhuhuhu


13/12/2010
kami merancang untuk berjumpa di bandar Sandakan....Orang yang baru kenal nak berjumpa untuk yang pertama kalinya nie mang payah lah...dah lah aku tak kenal rupa dia macam mana...Aku pun pergi lah bandar Sandakan punya lah lama aku tunggu macam nak tunggu Dato plak...Akhirnya dia call aku...Aku pun cakap lah aku tunggu di Stesen bas, dia ada di situ tapi aku tak kenal dia pun sama gak tak kenal aku last-last penat aku mencari aku berehat di pondok telefon terus aku telefon dia, aku cakap lah aku di pondok telefon rupanya dia di belakang ku jak...Macam dah jodoh plak kan baju kami masa tu sama warna... hehehehe...Kami pun jalan lah sama-sama tapi bukan kami berdua jak dia ada bawa kawan juga jadi kira oklah kan... Kami pergi kedai telefon nak beli sim pelajar untuk dia sempat gak kami bergambar di kedai telefon tu...pekerja di situ hairan tengok kami...Lepas tu kami pergi makan coto di restoran...emmm sedap gak...tapi aku tak makan...hehehehe... Penat berjalan dengan dia nie semua nak di jelajah.. 


Sepilok....
Habis jak STPM dia bawa aku ke pusat perlindungan orang utan yang terletak 30km dari Bandaraya Sandakan..Semasa berada di Sepilok nie, banyak peraturan kena ikut..Bukan main masuk jak. Semua pengunjung tidak dibenarkan untuk membawa sebarang beg atau pun handbag atau apa-apa jenis beg lah ke kawasan orang utan tinggal... Makanan dan minuman pun di larang juga sama sekali di larang bawa masuk. Sebabnya banyak kes yang berlaku disitu beg kena ragut oleh orang utan nie...orang utan pun boleh meragut.. Nasib baik haiwan kalau manusia dah mauk lokap...hehehehe jadi sebelum masuk tu kami buat pemeriksaan di pintu utama...Barang-barang semua simpan dalam loker.. Yang tak best nya tak boleh bawa kamera boleh bawa tapi kena bayar lah dulu RM10 satu kamera..Kami tak bawa kamera masa tu kami guna handfon jak lagi selamat...Kalau nak tengok orang utan nie kena ikut masa lah..Orang utan nie akan keluar masa nak makan jak...Kalau korang datang sebelum waktu makan alamatnya pokok jak lah yang ditengok..Ada 2 sesi waktu makan orang utan nie setiap hari iaitu 10.00 pagi dan 3.00 petang...Masa makan lah kami dapat lihat gelagat orang utan yang gelojoh sempat gak kami rakam tapi rakaman tu ada dengan dia...hehehe lepas jak tengok orang utan nie makan kami pun melawat di sekitar kawasan tu..Ada tayangan video dan pameran sejarah mengenai orang utan..


Masa makan!!!!!! emmm sedapnya...
hehehehehehe

Lepas habis kami lawat semua kami pun bertolak untuk balik ke rumah.. emmm dia balik rumahnya lah aku balik rumah ku tapi dia hantar aku dulu baru dia balik rumahnya.....


Sambut tahun baru bersama!!!!!
Masa tu dia ajak aku sambut tahun baru di bandar sandakan....Dia ajak aku malam tapi aku malas nak jalan kalau dah malam bek tidur jak di rumah kan... Jadi kami pergi masa siang.. Destinasi yang kami tuju Felda Sahabat 16, Lahad Datu,Sabah...Felda Sahabat16 adalah kawasan pelancongan sebab ada pantai di sini...Inilah kali pertama aku jejak kan kaki ku di pantai hehhehehe nasib baik dapat kenal dia dapat juga aku kenal dunia nie kalau tidak alamatnya terperap di rumah jak lah... Kami pergi dengan rombongan dalam 4 buah bas....Kalau nak masuk kawasan nie kena bayar RM5.00 satu bas...Sampai jak di situ mula-mula aku tak nak mandi tapi tengok yang lain mandi rasa macam nak join jak... Aku pun p la salin baju terus aku terjun mandi...hehehe nasib baik tak dalam kalau lah dalam masa tu boleh lemas aku...Banyak juga lah aktivit yang mereka adakan nie seperti sukaneka, bola tampar, pastu main bola dalam air hehehehe... Aku tengok jak malas nak join, join pun aku tak pandai nak main...Sambil mandi aku sempat tangkap obor-obor..aku tangkap guna plastik tak boleh tangkap guna tangan sebab binatang nie boleh menyebabkan gatal..Tengah seronok tangkap obor-obor hujan pula turun lebat tu kami tak tahu nak berteduh di mana lagi jadi kami biarkan jak hujan tu...Lepas puas mandi kami pun makan nie lah saat yang aku nantikan makan hehehehe... Leps makan kami sambung balik mandi puas mandi kami bersiap untuk pulang....sepanjang perjalanan tu aku tidur jak penat mandi...hehehehe....kalau ada masa nak pergi lagi Felda Sahabat nie sama-sama...


Jalan-jalan di kampung!!!!
Seminggu sebelum aku terbang ke Perak untuk sambung belajar dia ajak aku jalan-jalan di kawasan kampungnya di Telupid... Suasana tempat dia tinggal berbeza dengan suasana kampung Mar sebab tempatnya rumah rapat-rapat sebab kawasan estet..hehehe dekat kilang... Suasananya mang seronok lah lebih-lebih lagi kalau petang ramai yang keluar bermain ada yang main badminton, bola sepak dan banyak lagi lah... Kampung dia law petang baru ada orang yang ditengok kalau pagi dan tengah hari semua hilang masing-masing pergi kerja... Kami pergi memancing ikan kaloi..nie lah hobinya memancing..Lepas mancing terus mandi sungai..Aku bermalam di rumahnya sehari jak.. Keluarganya pun ok juga lagi pun dia nie anak manja....hahahaha.. Sempat juga dia bawa aku pergi ke tempat kerjanya.. Seronok bila tengok mereka melakukan kerja suatu kerja tu bersama-sama ( kira dorang nie sehati sejiwa ) selalu bergurau bila di lihat macam tak dah masalah jak.. Kawan-kawannya semua dah kahwin dia jak yang bujang... kesian... 


Masa aku nak terbang ke Perak ada juga lah dia hantar aku sampai ke lapangan terbang...emmm masa tu lah aku rasa sedih sangat sebab tak tahu bila lagi baru aku dapat jumpa dia, jalan sama-sama... 2 tahun aku di sini harap tahun depan dapat lah aku balik ke Sabah dapat gak jumpa dia lagi...hehehe jangan jeles ya...
emmm tu jak lah kenangan ku bersamanya.... Sekian..

Sunday 11 September 2011

Kembara malam!!!!!!

Salam semua....Hai warga blog....
Ini lah kenangan pertama ku berjalan di waktu malam dalam hutan....Seram!!!!! boleh lah di katakan seram tapi sikit jak lah... hehehehehehe....Masa tu aku dan geng kumpulan C  dan D jurusan diploma sains (matematik) di arahkan untuk menyertai kem kembara malam.. Kem nie salah satu daripada aktiviti dalam kokurikulum sebab masa nie kami ambil kos Kembara Alam sebagai kursus untuk kokurikulum.... Sebelum aktiviti nie berjalan kami di beri kumpulan.. Setiap kumpulan ada pengerusi yang bertanggungjawab untuk menjayakan kem nie...

Waktu pemilihan pengerusi.....
Hari tue hari sabtu bersamaan dengan????? lupa lah dalam pukul 10.00 pagi.. masa nie pemilihan untuk ajk kem kembara alam... Sistemnya senang jak tapi kira adil lah.. pengsyarah minta satu nombor dari mana-mana pelajar nombor tu mewakili setiap nama pelajar dalam kumpulan tu.. Orang yang pertama Encik tu minta nombor dari aku, aku pun bagilah nombor lima sebab aku mang minat nombor lima last-last kawan aku yang kena hahahaha semua ketawa masa tu yah lah masing-masing tidak mahukan dapat jawatan.. aku mana lah taw yang ku tahu aku pilih sebab aku minat nombor tu... emmmm sabar jak lah yang dapat tu ya..huhhuuhuhu... tapi yang lucunya ada seorang budak nie dari kumpulan D dia dah di pilih jadi timbalan pengerusi jadi pengsyarah tu minta lah nombor dari dia untuk lantik sebagai pengerusi...jadi dia bagilah nombor 33 kalau tak silap last-last namanya sendiri yang dapat jawatan tu punya lah kami ketawa sebab ya lah dah jadi timbalan last-last pilih nama sendiri jadi pengerusi kem sampai cikgu tu tak boleh nak cakap tergelak jak... hahahaha....habis jak pelantikan tu Encik yang kendalikan kokum masa tu terangkan serba sikit berkenaan dengan kembara malam....

Sehari sebelum kembara malam....
sehari sebelum kembara nie kami di adakan satu perjumpaan untuk memastikan segalanya selesai dan tak dah masalah.... segala peralatan, makanan dan fizikal lengkap untuk menjalani kem tu.. banyak jugalah barang-barang yang dibeli semua makanan haha masing-masing sibuk dengan tugas, aku terlibat dalam bidang tugas sebagai ajk yang menguruskan aktiviti sepanjang berada di sungai samak... emmm masa nie tengah puasa.. Nasib baik di jalankan time malam...

Hari kembara malam.....
Sebelum kami pergi ke kampus UPSI kami berkumpul di KHAR untuk ambil kehadiran... Lepas tu kami menaiki bas untuk ke kampus. Tepat pukul 9.00 malam kami pun sampai di kampus UPSI tapi pensyarah kami belum sampai lagi... Kami duduk la di sekitar UPSI dalam kumpulan nak agihkan barang-barang keperluan ada juga yang berceramah emmmm hehehehe lama kami tunggu akhirnya pensyarah pun datang... sedang dia buat taklimat hujan turun hahahaha semua berlari taklimat belum habis lagi kami dah lari cari tempat berteduh... Kami pun tunggu sampai hujan berhenti baru kami mula kan perjalanan tapi hujan makin lebat... Sementara menunggu hujan reda taklimat di teruskan tapi bukan pensyarah dah tapi abang dan kakak fasilitator yang terangkan kami ingat kami jak yang ikut aktiviti tu rupanya ada juga fasi yang handel emmm tak best la macam nie.. dah lah mula macam nak makan orang jak...sabar jak lah...

Dalam perjalanan....
Setelah hujan reda kami pun mulakan perjalanan.. Semasa nak berjalan tu kami di bagi nombor masing-masing, aku nombor 79 kami mesti berjalan berdasarkan nombor nie kalau tidak habis lah kena marah... emmm berjalan dalam gelap banyak cabaran dah lah gelap hujan plak tu... Kami hanya dibenarkan menggunakan satu kumpulan satu lampu suluh yang malap..Bayangkan macam mana keadaan kami yang dalam kegelapan mereda hujan untuk meneruskan perjalanan kem kembara malam... Kami selalu tertinggal di belakang terpaksa berlari lari dah lah tangan penuh dengan barang... Hujan semakin lebat tapi kami tak putus asa kami teruskan jua sampailah ke satu tahap hujan turun dengan lebatnya kami pun berehat sekejap di sebuah pondok menanti hujan kembali reda untuk kembali meneruskan perjalanan... Yang menyeramkan pondok tu adalah kawasan perkuburan adui masa tu tepat 12.00 tengah malam... Bayangkan macam mana keadaan... Mula-mulanya aku ingat kuburan tu hanya 2 tau 3 jak sekali datang pensyarah guna kereta dia suluh ke kawasan tu fuuuhhhhhh banyak tu.... Nasib baik lah tak dah yang keluar...huhuhu.... sejarah dalam hidup berehat di kawasan perkuburan tepat 12.00 malam dan dalam hujan.... selepas hujan kembali reda kami teruskan perjalanan ke destinasi yang nak di tuju iaitu sungai samak... tapi tak sampai 10 minit kami berjalan hujan kembali turun emmm tapi kami teruskan jua sampai lah dah dekat setengah jam kami berjalan kami di suruh patah balik untuk kembali semula ke kampus adui punyalah perasaan masa tu macam nak nangis jak... dah lah penat berjalan di suruh pula patah balik ntah lah kenapa... Bayangkan lah kami berjalan masuk punyalah lama sekarang terus sambung pula berjalan keluar, kaki masa tu macam tuhan jak yang tahu macam nak tercabut segalanya... penat...Sampai aku terjatuh kaki pula tersel bayangkan macam mana aku nak berjalan dalam keadaan kaki ku yang membengkak terpaksa berjalan lebih kurang 2 jam lamanya...Sampai sekarang kaki ku sakit tapi nasib baik masih boleh berjalan.... Perasaan hari tu macam nak cepat sangat sampi tapi makin berjalan macam makin menjauh pula tempat tu.... Setelah pertengahan jalan hujan pun berhenti emmm mungkin kami tidak dibenarkan untuk ke tempat tu kot...

Dalam kampus.....
Sampai jak di kampus rasanya macam nak menjerit jak kami dah macam orang yang tersesat dalam hutan  gembira sangat... Kami tidak terus balik ke KHAR, kami di arahkan untuk berkumpul di Gimnasium untuk meneruskan aktiviti yang telah di rancang... Banyak juga lah aktiviti kami buat... Menyanyi lah tapi mata pun memanggil juga untuk tidur....Lepas tu kami di lepaskan untuk aktiviti seterusnya masak-memasak untuk sahur...Makanan kami sardin,telur rebus,Maggi dan Nasi... Masak tak masak makanan tu kami tak kisah yang penting dapat makan.... sedap juga kami masak..... sampai hanyir nasi tu kami makan juga lah...hahahahaha... Lepas makan kami main tapi kumpulan ku jak lah yang lain buat aktiviti sendiri... Lepas tu kami pergi solat subuh selesai solat subuh kami berkumpul semula... tepat pukul 8.30 pagi kami di benarkan pulang ke KHAR nasib baik hari tu haru sabtu cuti jadi boleh lah tidur dengan nyenyaknya... hehehehe...Ingat keluar jak dari kampus boleh terus balik tapi kena lagi tunggu bas dekat sejam kami tunggu sampai ada kawan-kawan ku yang sambung kembara malam jadi kembara siang jalan kaki ke kampus...aku??? tak samggup dah kaki dah nak tercabut aku tunggu jak sampai bas tu datang...Akhirnya berkat kesabaran bas pun datang....Samai jak di rumah terus mandi, rendam baju dan tidur... aman dunia ku... aku tidur sampai dekat nak buka baru terbangun... hahahaha makhruh puasa...

itu lah kenangan pertamaku berjalan di waktu malam...di UPSI nie... berehat di kawasan perkuburan nasib baik 'makcik' tu tak dah...hehehehe... ok lah daaaaa
salam semua......

Raya di kebun!!!!!! hehehehe

Salam.....
aku, Mariana, Yanti, Fadila, Fandyi dan Abdilah beraya di rumah Ramlah masa nie raya ke-4.... Bosan di asrama kami pergi lah jalan-jalan beraya di rumah kawan-kawan.... First kami pergi ke Rumah Fadilah dulu lah sebab rumahnya dekaat dengan rumah Ramlah tapi tidak lah dekat betul jauh juga lah..... Cuma sama tempat....Lepas jak beraya di rumah Fadilah kami pergi ke rumah Ramlah... emmm jauh masuk dalam rumah Ramlah sebab tempat tu ada simpang... terpaksa lah tunggu kereta tuk masuk ke dalam nasib baik ada uga lah kereta yang masuk tapi yang tidak bestnya bukan kereta tapi lori hahahahaha keluarga Ramlah juga lah.... Kami terpaksa lah duduk d belakang lori... hahahaha dah lah pakai baju kurung naik lori pula tu masa tu hujan lagi.....adui sadisnya!!!!! hahahaha.....sampai jak d rumah Ramlah kontrol ayu pula nak turun.... banyak orang lah malu juga nak lompat kan hahahaha....

Masa di rumah Ramlah kami di jamu dengan sup ayam emmhhhmmm sedapnya....hehehe... Habis jak makan kami pergi ke kebun belakang rumah Ramlah... Dengan berbaju kurung kami p kebun beramai-ramai tujuannya hanya satu untuk ambil buah salak....orang beraya makan kuih raya kami pula makan buah salak... hairan!!!!!hairan!!!!.... masing-masing bawa plstik untuk isi buah salak... dasar tidak tahu malu!!!!huhuhu.. yang lelaki  pula ,asing-masing pegang parang... kononnya nak jadi hero lah tu....Sampai jak di kebun kami terus pergi ke kawasan pokok salak... Banyak buah salak yang besar-besar... kenyangnya makan buah salak... sedang kami tengah seronok ambil buah tu kami terdngar pula bunyi meriam buluh... emmmm sapa pula lah yang main meriam dalam hutan nie....???? menganggu ketenteraman kami jak nak menikmati keenakan buah salak... jalan punya jalan keliling kawasan pokok salak kami jumpa sungai... aku kalau dah jumpa sungai rasa macam nak mandi pula nasib baik pakai baju kurung kalau tidak terus terjun jak....tapi kalau dalam aku tidak beranilah nanti aku lemas pula, aku nie bukan pandai sangat berenang pun.... hahahaha

Lepas tu kami keliling lagi kawasan lain sampaikan kaki Fadila tertusuk duri nasib baik ada hero penyelamat dunia hahaha tolong keluarkan duri tu...tu lah main lari-lari lagi dalam hutan kan dah tertusuk duri sembilu...Banyak juga lah yang kami ambil dekat sebakul.. setelah puas kami pun balik semula ke rumah Ramlah... dah dekat nak keluar tu parang pula tertinggal di kebun emmmm patah balik lah jawabnya...nie hero punya pasal lah.... sempat lagi kami bergambar dalam hutan nie... Lepas tu kami pergi lagi ke dusun rambutan... waaahhhhh macam xnak balik jak.... sedap makan rambutan.... kami suruh Abdilah yang panjat pokok nak harapkan Fandyi emmmm x payah lah.... xkan dapat la makan rambutan... sempat lagi main baling kulit rambutan habis baju kurung kotor... setelah hampir setengah hari kami berada di kebun kami balik semula ke rumah Ramlah... Sampai jak kami di jamu lagi makanan emmm nie bukan beraya nie...tapi??? apa ya???? apa-apa lah.... 

Tepat pukul 3.00 petang kami beredar ke rumah rakan yang lain pula.... kami tumpang kereta keluarga Ramlah kali nie bukan lori dah tapi kereta SR... Berhimpit-himpit xda yang nak duduk belakang....dah lah bau badan macam bau kerbau belum mandi...hahaha...Sampai jak di luar kami pergi pula beraya di rumah Jumaing abang senior masa tingkatan 6... Dia ada buat doa kesyukuran sebab dia dapat masuk Universiti., jadi dia pun jemput lah kami p makan di rumahnya... kami kalau bab makan semua pun boleh biarpun perut sudah penuh... Kami makan bubur jagung... Makanan orang bugis di Sabah sedap.....!!! tapi yang sedihnya di sinilah hati ku hancur lebur... emmmm orang yang aku sayang berlaku curang depan mata... sabar jak lah... Lepas dari tu aku langsung tidak tegur dia, biarlah dia dengan hidupnya... sedih mang sedih tapi apa yang boleh aku buat, aku hanyalah seorang perempuan yang lemah... aku hanya mampu pasrah jak.. ada juga dia cuba untuk pujuk meminta peluang kedua aku bagi juga tapi dia buat laagi perkara yang sama... Hingga lah satu hari aku dah tak tahan lagi aku pun minta di lepaskan dan sekarang dia masih lagi menghubungi aku tapi hanya sebagai seorang kawan... Kami balik semula ke asrama tepat pukul 5.30 petang hahahaha kawan aku yang lelaki kena marah dek warden sebab lewat masuk asrama... Kami????? kami ok jak warden kami sporting ya lah orang nak beraya kan yang penting pandai jaga diri dan tahu balik semula ke asrama....

emmmm..... cerita lalu.... sambung...
Masa Hari Raya Korban dalam tahun yang sama juga lah... kami pergi beraya lagi di rumah Ramlah... Tapi kali nie aku bermalam di rumah Ramlah... Kira dia buat rumah terbuka lah... Jemput kawan-kawan best lah dapat beraya dengan kawan-kawan nie... Rumah Ramlah nie kira macam rumah kedua ku sebab aku selalu bermalam di rumahnya.... Sampai jak kawan-kwan yang lain macam raja lah pula di layan hahahahaha.... Lepas tu kami pergi pula beraya di rumah kawan yang lain...emmm tak pa sebab ada kenderaan juga...semua rumah kami pergi.... penat baru lah kami balik ke rumah masing-masing....Kalau lah boleh aku nak lagi beraya bersama kawan-kawan tapi aku sekarang jauh dari mereka..... tidak cukup di situ esoknya kami sambung lagi beraya... kali nie kami beraya di rumah ku pula... hahahahaha jauh tu penat juga dorang duduk... Aku pun bawa lah kawan-kawan ku beraya di rumah keluarga ku yang lain... Lepas tu kami sambung lagi beraya di Sukau rumah Safinah dan Mariana.... sempat lagi pergi melancong meninjau kawasan Sungai Kinabatangan... melihat pemandangan di sana ada monyet, beruk, ular dan banyak lagi haiwan yang berada di kawasan tu... Kami naik bot tau... First time dapat naik bot... hahahahaha....Puas meronda kawasan sungai Kinbatangan kami pergi lagi ke Gua Batu Tuluk, Kinabatangan... Gua nie kira macam peninggalan sejarah juga lah... Dalam nya ada keranda... hahahah... nak masuk dalam nie kenalah panjat bukitnya pula... nasib baik ada tangga....tapi penat lah.... yang tidak bestnya kawasan nie larangan untuk mengambil gambar...emmm mungkin ada sebabnya kot.... setelah puas seharian beraya dan melancong kami pulang ke rumah masing-masing...emmm best dapat berjalan bersama-sama dengan kawan-kawan nie... Harap ada lah waktu lagi untuk aku bersama dengan mereka beraya bersama....


hidupku di asrama Smk Segaliud!!!!!! 2010

Salam....
Masih ku ingat lagi aku selalu bermain-main dengan mereka ketawa bersama, menangis bersama, jalan bersama-sama kini semua hanya tinggal kenangan dalam hidup... saat pertama menjejak kan kami ke asrama Segaliud perasaan ku bercampur baur semua ada sedih, gembir, takut  dan banyak lagi perasaan yang bermain di minda ku... Hari pertama di asrama aku mula kenal dengan Ramlah dia lah yang banyak membantu aku setiap gerak geri nya aku ikut saja.. Kami ke surau bersama-sama, belajar malam bersama-sama dan masa itu lah aku kenal dengan Safinah, Dinah, Rafidah dan Mariana.... Semua bermula di situ... aku mula berkenalan dengan mereka, yang lucu mereka ingat aku jenis yang skema (serius) sebab masa tu aku tidak tahu nak buat apa lgi jadi aku hanya mampu diam... Setelah hampir setahun kami kenal banyak kenangan kami bersama-sama... Kadang kala kami bergaduh tapi hanya sekejap jak lah lepas tu berbaik semula.... tapi masa nie aku belum cukup mesra lagi dengan yang lain aku hanya mesra dengan Ramlah, Rafidah, Mariana dan Safinah... Aku masih ingat lagi masa  hari aspuri yang masa tu bertemakan 'tropicana night' aku tidak bersefahaman dengan Safinah... Semua ini terjadi sebab aku tidak tunggu dia makan bersama-sama di dewan, aku sebenarnya  malas nak tunggu orang jadi kalau dah lama sangat aku tunggu aku tinggal kan lah... tapi mungkin dia tengah sedih masa tu... Hampir seminggu kami tidak bertegur sampai lah satu masa ada aktiviti sukaneka sempena minggu tropicana dia ikut pertandingan tarik tali mungkin dia penat terus pengsan di tengah padang aku pun terus berlari ke arahnya untuk tolong dia masa tu aku tidak hiraukan kan pergaduhan kami... Lepas dari tu kami berbaik semula... sebenarnya mar tidak suka bergaduh dengan rakan-rakan tapi mereka yang selalu  marah dengan Mar tidak  tahu apa salah.... Dari situ baru lah dia tahu siapa kawan yang sebenarnya sebab masa dia pengsan kawan yang selalu dengan dia tidak datang pun untuk menolong.... sepanjang minggu tu banyak aktiviti yang diadakan seperti sukaneka, kawad kaki, pertandingan memasak dan pertandingan 'miss tropicana'... Masa malam terakhir semua pakai pakaian ala-ala tropicana aku hanya pakai baju kurung saja... sebab aku tidak pandai bergaya....

Dalam awal tahun 2010 pihak asrama dan unit bimbingan dan kauseling membuat satu sesi orentasi untuk semua pelajar asrama termasuk lah exco... Kami lah tu... orentasi ini bertujuan untuk memupuk semangat kerjasama, berdikari dan untuk memotivasikan diri para pelajar...aktiviti yang tidak dapat dilupakan masa kami di suruh berjalan secara berkumpulan dari asrama hingga lah ke sekolah... penat tau masa tu kalau jalan biasa tidak apa juga nie pertama kami kena menuruni bukit menggunakan tali... banyak juga pelajar yang jatuh hehehhehe lepas tu kami disuruh berjalan cara penguin... sampai ke stesen seterusnya kami di suruh plak jalan cara itik sambil bersuara seperti itik... penat rasa macam nak semput juga... lepas tu kami di suruh plak menyusur seperti ular habis semua kotor....sampai kesatu kawasan longkang kami d suruh merangkak di longkang tu nasib lah orang yang belakang sekali kena air longkang... hehhehehe tidak habis di situ sampai ke kawasan padang wakil setiap kumpulan mesti menari bersama tiang hahahha lucu.... selesai semua menari kami jadi askar sekejap merangkak seperti askar yang sedihnya cikgu-cikgu yang ada di situ lemparkan kami  lumpur kalau baju tidak apa juga nie muka.... sadis berbedak kan lumpur lah kami masa tu... Lepas tu dengan rupa seperti badak yang baru habis berendam dalam  lumpur kami disuruh berbaris..... hahahha lucu kalau di ingat masa tu mang tidak dapat tahan ketawa... Sampai jak di asrama dekat seminggu rendam baju untuk menanggalkan lumpur.....

Lepas tu kami pula exco asrama yang buat orentasi untuk pelajar tingkatan 1 dan tingkatan 6 rendah...Yang tidak best nie ada pelajar tingkatan 1 yang tunjuk kepala... Habis aku kerjakan masa tu lepas dari tu langsung dia diamkan diri jak tidak berani bersuara... Mar kalu orang kurang ajar Mar akan ajarkan... Kalau di rumahnya sendiri nak kurang ajar boleh tapi kalau di asrama lepas tu kurang ajar dengan kawan-kawan kena hadapi aku dulu.... bukan nak tunjuk  terer sangat tapi ya lah sebagai exco kena lah tegur...Lepas tu dia langsung berubah jumpa aku mesti bagi  salam... Budak-budak nie kena di ajar jugakan... Tapi yang Mar kesian kan dengan dorang nie masa aktiviti 'mencari dimana saya' lucu tapi kesian juga... aktivitinya serupa dengan aktiviti mencari harta karun yang jahatnya exco nie denda bagi setiap checkpoint dorang kena makan satu biskut.. Biskut tu mereka kene pilih, ada 3 pilihan satu berinti kan lada sulah, gula dan garam... kalau dapat gula kira oklah kalau dapat lada sulah hahahahaha kesian.....

Sebagai exco nie banyak juga lah tugasan yang kami kena buat sendiri...tapi atas penyeliaan warden asrama.. Antaranya sambutan hari kemerdekaan, sambutan Hari Raya, Hari anugerah asrama dan banyak lagi...aku sebagai exco keselamatan merangkak exco dewan makan tugas ku dalam bidang makanan jak lah... semua berkenaan menu hingga lah susun atur makanan aku yang uruskan di bantu oleh ajk yang lain....selain makanan aku juga turut membantu rakan yang lain dalam menyediakan kertas kerja, surat jemputan dan tentatif program... Program yang pertama sekali kami buat ialah sambutan hari kemerdekaan... Ini lah detik permulaan segalanya.. aku pun tidak tahu kenapa aku  yang terpilih dah lah pelajar yang baru menjejakkan kaki ke sekolah tu... Mugkin atas kepercayaan kot hehehehhehe... segala aktiviti sepanjang program tu kami yang rancang sendiri... tapi yang bestnya kami pun boleh juga ikut serta pertandingan yang di adakan seperti pertandingan lagu patriotik, pertandingan cipta menara yang paling penting pertandingan bilik berhias... Bilik Mar johan pertandingan bilik... pertandingan lain pula bilik kami naib juara jak....

Tinggal asrama nie banyak dugaannya... yang paling membimbangkan masa kes pencerobohan hari tu... fuhhh kena pula semua nie atas tanggungjawab aku... terpaksa hadapi lah... malam juga jadi siang, siang ku tetap jadi siang... apa tidaknya terpaksa berjaga malam untuk memastikan kawasan asrama selamat... Ceritanya ada pelajar aspuri ternampak sekumpulan lelaki yang tidak dikenali berada di luar pagar asrama aspuri... Lepas dari tu kami selalu terdengar suara orang memanggil di sebalik bukit kawasan kami sidai baju... sampai pihak asrama memasang lampu sportlight baru puas.... Kalau eletrik terputus jak situ lah semua takut masing-masing dalam bilik berkurung segala benda di simpan di balik pintu supaya orang tu tidak dapat masuk ke dalam bilik.. aku teraksa lagi buat rondaan macam sekuriti la pula.. dalam berani tu ada juga takutnya...kena kita yang di ambil tidak ka mampus....hehehehe kerja exco nie memang penat.. kena lagi kalau ada kes yang melibatkan asrama kami juga lah yang terpaksa uruskan... haaaaah Mar ingat lagi dalam bulan 9 la kot tidak ingat lah bila masanya tapi yang mar ingat Mar bersekolah sehari semalam.. Ceritanya pada siang hari pelajar tingkatan 6 atas ada program ceramah kaedah menjawab soalan pengajian am STPM.. habis ceramah aku,  fandyi,Rosini dan Suzie terus ke pertandingan kenegaraan yang di adakan di St Mary... Kami dapat tempat ke lima jak... tapi kira oklah sebab kami kira top 5 antara 14 sekolah yang masuk bertanding...Lepas tu kami ada ceramah lagi di SM Agama Sandakan penat tu...

Nak dijadikan cerita nie sampai jak aku di asrama dah lah penat terus di suruh berkumpul belum sempat lagi masuk bilik  kes kecurian punya pasal lah nie...Kalau lah aku thu sapa yang curi memang aku pergi curi barang nya balik.... aku dah lah penat angan masa dalam kereta nak bermanja dengan bantal last-last terpaksa bermanja dengan kerusi... Yang pencuri nie pun satu dah di bagi peluang tidak akan dikenakan tindakan tidak pula nak mengaku.. Jadi terpaksa lah kami tunggu hingga ada yang mengaku... Tunggu punya tunggu sampai ke malam tidak ada sorang pun nak mengaku... Warden panggil kami exco asrama buat apa yang patut supaya ada yang mengaku... Aku yang dah memang penat nie pa lagi habis semua aku kerjakan.. Bukan pukul tanya jak lah... hehehehehe tapi xda juga yang nak mengaku terpaksa lah kami tidur berhimpit-himpit di bilik tu bayangkan satu bilik yang besar bilik tidur di rumah nak muatkan kami hampir 150 orang huhuhuhuhu bayangkan lah macam mana keadaan kami masa tu.. Sampai kan ada yang terpaksa tidur di kerusi yang ada di luar aku lah salah satunya kalau lah ada penceroboh habis lah kami... Tepat pukul 5.00 pagi Warden kejutkan " dah jumpa pencuri tu?" kata warden, aku pun jawab lah 'belum lagi cikgu' punya lah cikgu tu hampa dapat juga lah ku tengok airmtanya jatuh mungkin kesal sebab tidak ada yang mengaku atau pun mungkin terharu tengok kami tidur macam mangsa banjir... hehhehehe tepat pukul 6.30 pagi kami di suruh sarapan lepas tu balik bilik semula.... dengan mata yang sepet dan baju sekolah yang semalaman diguna tidak ditukar pergilah sarapan.... seharian aku bersekolah boleh dikategorikan sebagai pelajar cemerlang.. hehehehe perasan....

Hujung tahun 2010 aspuri mengadakan 'hari aspuri' hari aspuri nie setiap tahun akan diadakan tapi berlainan tema.. Tema tahun 2010 'kayangan night' ala-ala permaisuri kayangan... hehehehe antara aktivitinya ialah kawad kaki statik, futsal, sukaneka, pertandingan menyanyi,dan  pertandingan pakaian tradisional... aku urus bahagian futsal... susah juga urus bahagian nie banyak yang aku tidak tahu... aku pasal main aku minat lah tapi kalau urusnya aku tidak seberapa minat...banyak perkara lucu yang terjadi sepanjang aktiviti di jalankan... tapi Mar dah tidak ingat lah....Yang Mar tahu malam kemuncak tu mar dapat anugerah akademik terbaik... Kami berlakon aku jadi raja.. (Raja tempang hahahahaha) adakah!!!!!! ceritanya sama macam cerita cinderela... tapi mang lucu lah babak yang aku tidak dapat lupa masa cinderela tertinggal selipar... Dalam cerita sebenar kasut tapi dalam lakonan kami selipar 'Jepun' dah tu cinderela sendiri yang tinggalkan bukan jatuh tapi dia yang simpan sendiri mang lucu lah.... Lepas lakonan kami menyanyi pula untuk Warden kami sebab dia akan pindah sedih juga lah... emmm semua kenangan jak....

Tahun 2010 lah tahun yang banyak menyimpan kenangan ku sepanjang aku berada di asrama dan bersama kawan-kawan..aku yang dulunya dianggap skema rupanya seorang yng kuat ketawa dan sering menjadi penghibur mereka.. saat kami berbuka bersama, terawih bersama dan beraya bersama.. Masih teringat lagi saat aku tidak bertegur dengan Ramlah dan Mariana kisahnya  biarlah hanya kami yang tahu.. Hingga seminggu lagi bakal duduk exam baru kami berbaik semula... tidak bererti persahabatan kalau selamanya indah tanpa ada sebarang perselisihan faham.. tapi itu semua lah yang telah mengajar ku menghargai apa itu erti persahabatan.... terima kasih kepada kawan-kawan ku yang sudi bersama dengan ku sepanjang aku berada di segaliud...

Exco asrama yang sering melakukan tugas tanpa penat dan Warden yang sentiasa
memberikan tunjuk ajar dengan kami....!!!!!! Gambar ini diambil sebelum warden
kami nak gerak ke sekolah baru.... Banyak memori ku bersama  rakan-rakan Exco nie.....


aku dan Rujilea kawan sebilik ku!!!!!
masa nie pertandingan menyanyi sempena minggu 'kayangan night'
sempat lagi post... macam juru teknik la pula kan.... hehehehehehe

aku dan Baby....... Trep jak nie smua

baby dan dila..... !!!!! 
Ramlah.... aku selalu p rumahnya tidur sana
kalau balik kampung, mau balik rumah jauh
jadi aku p jak lah rumahnya.......!!!!!!
emmmmm...... sini jak lah ya..... bye....

Saturday 10 September 2011

Tingkatan 6!!!!

Salam.....
Nak cerita pasal kenangan ini banyak yang Mar dah lupa... Mungkin sebab hentakan kat kepala akibat jatuh....
Habis jak SPM Mar mohon matrikulasi sementara menunggu keputusan matrik aku pergi ke Selangor kerja.. Pengalaman pertama kerja memang memenatkan suda lah di negeri orang nasib baik kawan sekerja banyak dari Sabah ala kerja kilang jak lah bukan kerja profesional pun. Tapi kawan sekerja semua lelaki tapi nasib aku mang baik sebab semua itu kawan abang aku jadi tidak jadi masalah lah segala keselamatan aku jadi tanggungjawab mereka hehehehe... Tidak sampai sebulan kerja stok yang kami buat habis tempahan jadi aku pun berhenti.. Lepas dari itu aku cari kerja lain pula tapi Mar bukan nak cerita pasal itu Mar nak cerita kenangan cerita masa tingkatan 6... kerja punya kerja aku terlupa untuk isi permohonan ke ipt mahupun politeknik.. keluar jak keputusan matrikulasi aku tidak tercalon sedih nya.... aku nak mohon yang lain pun tidak sempat dah terpaksa lah aku terima masuk tingkatan 6..

Aku dapat tingkatan 6 di sekolah menengah Teknik Likas Kota Kinabalu jurusan kemanusiaan tapi aku sekolah hanya seminggu jak terus aku minta pindah sebab jauh dari kawasan rumah susah nak pulang kalau cuti sekolah.. Masa seminggu sekolah di Likas banyak juga pengalaman aku pergi ke sekolah sendiri masa itu aku tidak ingat lagi di mana jalan nya... sebab masa mendaftar aku di teman oleh kakak angkat ku nasib baik aku ingat jambatan berdekatan dengan kawasan sekolah itu, aku pun turun lah sampai di sekolah pusing satu bangunan mencari kelas... pusing punya pusing akhirnya aku jumpa kawan yang sama kelas dengan aku sama-samalah kami mencari kelas rupanya kelas itu dekat jak di situ punyalah jauh kami berpusing last-last kelas kami dalam perpustakaan.... Masa nak mohon pindah banyak pula urusan terpaksa lah urus sendiri sebab jauh dari ibu bapa yang selalu tolong uruskan jadi berdikarilah. Masa aku nak urus surat pindah nie aku jumpa dengan abang sepupu yang bekerja sebagai cikgu di bahagian sandakan tapi yang merisaukan aku di suruh tunggu dia di kawasan bandar Kota kinabalu... dah lah tempat tu besar boleh sesat aku.. tapi aku kuatkan juga lah pergi sendiri nasib baik tidak sesat.. Aku pun tunggu lah di tempat yang abang sepupu ku bagitahu tapi yang tidak bestnya dah lah penat berjalan datang pula penagih dadah yang tengah khayal adui takutnya lah... nasib lah banyak orang masa tu jadi dia tidak kacau juga lah....

Aku pun pindah lah ke sekolah yang dinama Sekolah Menengah Kebangsaan Segaliud, Sandakan... Di sini lah segala pahit dan manis ku sepanjang bergelar pra-U... Sekolah ini lah yang mengajar aku menjadi seorang yang berani, pandai memimpin dan banyak lagi pengetahuan yang ku dapat. Hari pertama di sekolah ini aaku di hanatr oleh bapa aku... sekali lagi dia sedih masa dia nak meninggalkan aku.. Hari pertama macam orang yang sesat pula aku tidak kenal sapa-sapa pun di situ hingga lah ada seorang datang tegur aku dan dia merupakan rakan sekelas ku... Jadi segalanya hanya brgantung dengan dia saja... Pada malamnya aku berkenalan dengan kawan-kawan yang lain mereka semua cakap aku budak "skema" sebab aku hanya diam jak dan tidak mesra dengan mereka... maklumlah hari pertama kan mestilah malu-malu... hehehhehe hari pertama aku masuk kelas aku berkenalan lagi dengan rakan yang lain... emmm malu sangat budak baru lah katakan.... emmm pada esoknya plak kami disuruh cat kelas adui belum belajar dah di suruh cat kelas...

sebulan aku sekolah di situ aku dah mula biasa dengan suasana kelas dan asrama tapi aku belum mesra lagi dengan cikgunya... kenangan yang aku sentiasa ingat bila aku di marah oleh cikgu sejarah fuuuhhhhh mang sedih lah sampai nangis... apa tidak sedih kita yang pelajar baru lagi dah dikena anti oleh cikgu sedih....sedihhh.. Nakal???? tidak aku bukan jenis yang nakal cuma kami di suruh buat pembentangan sejarah  secara kumpulan jadi aku berkumpulan dengan pelajar yang cikgu nie memang tidak suka... jadi aku secara otomatiknya di 'anti' lah juga adui sedih nie... aku mana lah tahu selepas kawan ku Ramlah bagitahu yang sebenar barulah aku tahu.... Dari situ lah aku selalu tersentuh setiap kali cikgu menyindir... selalu airmata nie mengalir... tapi kawan-kawan ku cakap sabar jak lah....Akhirnya pada hujung tahun enam rendah dia menjadi guru kelas ku pula adui takutnya... Tapi kira oklah dia jadi guru kelas ku sebab aku dapat tahu sikapnya yang sebenar... Biarpun dia garang tapi dia seorang yang penyayang....

Masa aku naik enam atas lagi banyak cabarannya... kami terpaksa menghadapi cikgu yang tidak suka dengan pelajar tingkatan enam... Selalu lah juga kami dengar sindiran dari cikgu-cikgu di sekolah tu tapi kami sabar jak... Walaupun di sindir tapi kami tidak menyimpan dalam hati sebab cikgu-cikgu yang selalu menyindir kami sering juga meminta tolong dengan kami... tu yang hairan tapi tidak apalah mereka cikgu sebagai pelajar kenalah hormat... banyak juga aktiviti yang kami kendalikan contohnya sambutan hari guru.. Yang tidak seronoknya dah lah kami yang kena kendalikan aktiviti nie banyak pula cikgu-cikgu yang tidak setuju sabar je lah.... Tidak cukup di sekolah kami  bagi pelajar asrama kena pula kendalikan aktiviti asrama maklumlah Mar nie salah seorang Exco asrama ... Jadi segala aktiviti di asrama atas bahu kami...

 
Video sempena sambutan Hari guru.....


 Beralih ke sekolah pula... Masa dalam kelas Mar selalu tidur, kalau tidak ada guru yang masuk mengajar di situ lah kelas di jadikan tempat tidur sampaikan ada seorang cikgu yang selalu ambil berat dengan kami masuk dan tegur sebab dah dekat nak exam STPM masih lagi tidak insaf kami nie... hehehhehe tapi Alhamdullilah ada juga kawan-kawan Mar yang dapat sambung ke peringkat degree jadi semua cikgu yang merasakan kami nie tidak layak untuk ke Universiti sekarang kami dah buktikan yang kami pun boleh pergi jauh walaupun tidak semuanya bernasib baik... kalau nak di ikutkan banyak lagi luahan Mar nie tapi nie blog khas untuk kenangan jak bukan untuk meluahkan perasaan....

Mar nak sambung kenagan Mar di sekolah nie.. Mar nie suka menyertai kawad kaki... Yang lucunya Masa pertandingan kawad kaki sempena minggu sukan sekolah Mar dan kawan-kawan dari kontinjen KRS di arahkan untuk menjalankan upacara menaik dan menurunkan bendera adui rekod pertama dalam sejarah segaliud pelajar perempuan yang menjalankan upacara tu, dah lelaki semua masih kecik lagi kami jak yang besar jadi kami lah yang di suruh....Nak di jadikan cerita banyak lah kesalahan yang kami buat semua tidak kena masa tu adui kena marah lagi... Hidup nie selalu kena marah kan... Tapi cikgu terima jak sebab kami kan perempuan pertama kali lagi tu, itu lah banyak yang salah... Tapi yang gembiranya kontijen kami juara kawad kaki....Tidak cukup di situ kami di hantar untuk menyertai pertandingan kawad kaki peringkat negeri Sabah aku jadi 'koman' yang tukang bagi arahan tue.... First time jadi koman hehhehehe banyak yang perlu di pelajari.. Aku di pilih pun sebab suara ku kuat lagi pun semua hormat dengan aku sebab aku di asrama jenis yang tegas tapi sebenarnya dalam hati ada taman....Mar hanya bertegas dalam hal-hal tertentu jak...

Sebelum STPM kelas kami adakan jamuan akhir tahun kami pun jemput lah semua guru Smk Segaliud... Masing-masing di berikan tugas dalam membuat persiapan jamuan.. Bagi pelajar asrama kami  hanya buat air jak lah... hehehhehehehe.... kalau bab jamuan nie semua pun suka kan dh lah makan percuma sedap plak tu...ada juga yang sempat tapau makanan....aku rindu dengan mereka... Biarpun aku hanya kenal mereka satu tahun setengah tapi bagi ku macam dah kenal bertahun-tahun.. Bila lah baru aku boleh jumpa mereka lagi.... Semoga satu hari nanti aku kan berjumpa dengan mereka semula....

Persiapan untuk jamuan... Sibuk jak lelaki nie!!!!!!

Peejarl dan Hazrena... Post maut time cuci pinggan!!!!!

Dua hari sebelum exam STPM.. Sempat lagi bergambar!!!!!!

Kawan-kawan tingkatan 6 Smk Segaliud!!!! Rindu dgn kamu smua

Berat mata memandang, berat lagi bahu yang mencuci pinggan saat
matahari terpacak terik di kepala.....!!! Nasib baik kerjasama... Apa yg penting 'kerjasama'
kira oklah kan walaupun cuci pinggan menggunakan air panas... Air paip juga tapi panas

Oklah nie jak lah yang dapat Mar kongsi kan masa Mar tingkatan 6 bersama Ramlah,Mariana,Safienah, Fadila, Rafidah dan geng selalu kena marah hehehhehehehehe...jangan marah.....sekian...