Sunday 11 September 2011

Kembara malam!!!!!!

Salam semua....Hai warga blog....
Ini lah kenangan pertama ku berjalan di waktu malam dalam hutan....Seram!!!!! boleh lah di katakan seram tapi sikit jak lah... hehehehehehe....Masa tu aku dan geng kumpulan C  dan D jurusan diploma sains (matematik) di arahkan untuk menyertai kem kembara malam.. Kem nie salah satu daripada aktiviti dalam kokurikulum sebab masa nie kami ambil kos Kembara Alam sebagai kursus untuk kokurikulum.... Sebelum aktiviti nie berjalan kami di beri kumpulan.. Setiap kumpulan ada pengerusi yang bertanggungjawab untuk menjayakan kem nie...

Waktu pemilihan pengerusi.....
Hari tue hari sabtu bersamaan dengan????? lupa lah dalam pukul 10.00 pagi.. masa nie pemilihan untuk ajk kem kembara alam... Sistemnya senang jak tapi kira adil lah.. pengsyarah minta satu nombor dari mana-mana pelajar nombor tu mewakili setiap nama pelajar dalam kumpulan tu.. Orang yang pertama Encik tu minta nombor dari aku, aku pun bagilah nombor lima sebab aku mang minat nombor lima last-last kawan aku yang kena hahahaha semua ketawa masa tu yah lah masing-masing tidak mahukan dapat jawatan.. aku mana lah taw yang ku tahu aku pilih sebab aku minat nombor tu... emmmm sabar jak lah yang dapat tu ya..huhhuuhuhu... tapi yang lucunya ada seorang budak nie dari kumpulan D dia dah di pilih jadi timbalan pengerusi jadi pengsyarah tu minta lah nombor dari dia untuk lantik sebagai pengerusi...jadi dia bagilah nombor 33 kalau tak silap last-last namanya sendiri yang dapat jawatan tu punya lah kami ketawa sebab ya lah dah jadi timbalan last-last pilih nama sendiri jadi pengerusi kem sampai cikgu tu tak boleh nak cakap tergelak jak... hahahaha....habis jak pelantikan tu Encik yang kendalikan kokum masa tu terangkan serba sikit berkenaan dengan kembara malam....

Sehari sebelum kembara malam....
sehari sebelum kembara nie kami di adakan satu perjumpaan untuk memastikan segalanya selesai dan tak dah masalah.... segala peralatan, makanan dan fizikal lengkap untuk menjalani kem tu.. banyak jugalah barang-barang yang dibeli semua makanan haha masing-masing sibuk dengan tugas, aku terlibat dalam bidang tugas sebagai ajk yang menguruskan aktiviti sepanjang berada di sungai samak... emmm masa nie tengah puasa.. Nasib baik di jalankan time malam...

Hari kembara malam.....
Sebelum kami pergi ke kampus UPSI kami berkumpul di KHAR untuk ambil kehadiran... Lepas tu kami menaiki bas untuk ke kampus. Tepat pukul 9.00 malam kami pun sampai di kampus UPSI tapi pensyarah kami belum sampai lagi... Kami duduk la di sekitar UPSI dalam kumpulan nak agihkan barang-barang keperluan ada juga yang berceramah emmmm hehehehe lama kami tunggu akhirnya pensyarah pun datang... sedang dia buat taklimat hujan turun hahahaha semua berlari taklimat belum habis lagi kami dah lari cari tempat berteduh... Kami pun tunggu sampai hujan berhenti baru kami mula kan perjalanan tapi hujan makin lebat... Sementara menunggu hujan reda taklimat di teruskan tapi bukan pensyarah dah tapi abang dan kakak fasilitator yang terangkan kami ingat kami jak yang ikut aktiviti tu rupanya ada juga fasi yang handel emmm tak best la macam nie.. dah lah mula macam nak makan orang jak...sabar jak lah...

Dalam perjalanan....
Setelah hujan reda kami pun mulakan perjalanan.. Semasa nak berjalan tu kami di bagi nombor masing-masing, aku nombor 79 kami mesti berjalan berdasarkan nombor nie kalau tidak habis lah kena marah... emmm berjalan dalam gelap banyak cabaran dah lah gelap hujan plak tu... Kami hanya dibenarkan menggunakan satu kumpulan satu lampu suluh yang malap..Bayangkan macam mana keadaan kami yang dalam kegelapan mereda hujan untuk meneruskan perjalanan kem kembara malam... Kami selalu tertinggal di belakang terpaksa berlari lari dah lah tangan penuh dengan barang... Hujan semakin lebat tapi kami tak putus asa kami teruskan jua sampailah ke satu tahap hujan turun dengan lebatnya kami pun berehat sekejap di sebuah pondok menanti hujan kembali reda untuk kembali meneruskan perjalanan... Yang menyeramkan pondok tu adalah kawasan perkuburan adui masa tu tepat 12.00 tengah malam... Bayangkan macam mana keadaan... Mula-mulanya aku ingat kuburan tu hanya 2 tau 3 jak sekali datang pensyarah guna kereta dia suluh ke kawasan tu fuuuhhhhhh banyak tu.... Nasib baik lah tak dah yang keluar...huhuhu.... sejarah dalam hidup berehat di kawasan perkuburan tepat 12.00 malam dan dalam hujan.... selepas hujan kembali reda kami teruskan perjalanan ke destinasi yang nak di tuju iaitu sungai samak... tapi tak sampai 10 minit kami berjalan hujan kembali turun emmm tapi kami teruskan jua sampai lah dah dekat setengah jam kami berjalan kami di suruh patah balik untuk kembali semula ke kampus adui punyalah perasaan masa tu macam nak nangis jak... dah lah penat berjalan di suruh pula patah balik ntah lah kenapa... Bayangkan lah kami berjalan masuk punyalah lama sekarang terus sambung pula berjalan keluar, kaki masa tu macam tuhan jak yang tahu macam nak tercabut segalanya... penat...Sampai aku terjatuh kaki pula tersel bayangkan macam mana aku nak berjalan dalam keadaan kaki ku yang membengkak terpaksa berjalan lebih kurang 2 jam lamanya...Sampai sekarang kaki ku sakit tapi nasib baik masih boleh berjalan.... Perasaan hari tu macam nak cepat sangat sampi tapi makin berjalan macam makin menjauh pula tempat tu.... Setelah pertengahan jalan hujan pun berhenti emmm mungkin kami tidak dibenarkan untuk ke tempat tu kot...

Dalam kampus.....
Sampai jak di kampus rasanya macam nak menjerit jak kami dah macam orang yang tersesat dalam hutan  gembira sangat... Kami tidak terus balik ke KHAR, kami di arahkan untuk berkumpul di Gimnasium untuk meneruskan aktiviti yang telah di rancang... Banyak juga lah aktiviti kami buat... Menyanyi lah tapi mata pun memanggil juga untuk tidur....Lepas tu kami di lepaskan untuk aktiviti seterusnya masak-memasak untuk sahur...Makanan kami sardin,telur rebus,Maggi dan Nasi... Masak tak masak makanan tu kami tak kisah yang penting dapat makan.... sedap juga kami masak..... sampai hanyir nasi tu kami makan juga lah...hahahahaha... Lepas makan kami main tapi kumpulan ku jak lah yang lain buat aktiviti sendiri... Lepas tu kami pergi solat subuh selesai solat subuh kami berkumpul semula... tepat pukul 8.30 pagi kami di benarkan pulang ke KHAR nasib baik hari tu haru sabtu cuti jadi boleh lah tidur dengan nyenyaknya... hehehehe...Ingat keluar jak dari kampus boleh terus balik tapi kena lagi tunggu bas dekat sejam kami tunggu sampai ada kawan-kawan ku yang sambung kembara malam jadi kembara siang jalan kaki ke kampus...aku??? tak samggup dah kaki dah nak tercabut aku tunggu jak sampai bas tu datang...Akhirnya berkat kesabaran bas pun datang....Samai jak di rumah terus mandi, rendam baju dan tidur... aman dunia ku... aku tidur sampai dekat nak buka baru terbangun... hahahaha makhruh puasa...

itu lah kenangan pertamaku berjalan di waktu malam...di UPSI nie... berehat di kawasan perkuburan nasib baik 'makcik' tu tak dah...hehehehe... ok lah daaaaa
salam semua......

No comments:

Post a Comment