Sunday 11 September 2011

hidupku di asrama Smk Segaliud!!!!!! 2010

Salam....
Masih ku ingat lagi aku selalu bermain-main dengan mereka ketawa bersama, menangis bersama, jalan bersama-sama kini semua hanya tinggal kenangan dalam hidup... saat pertama menjejak kan kami ke asrama Segaliud perasaan ku bercampur baur semua ada sedih, gembir, takut  dan banyak lagi perasaan yang bermain di minda ku... Hari pertama di asrama aku mula kenal dengan Ramlah dia lah yang banyak membantu aku setiap gerak geri nya aku ikut saja.. Kami ke surau bersama-sama, belajar malam bersama-sama dan masa itu lah aku kenal dengan Safinah, Dinah, Rafidah dan Mariana.... Semua bermula di situ... aku mula berkenalan dengan mereka, yang lucu mereka ingat aku jenis yang skema (serius) sebab masa tu aku tidak tahu nak buat apa lgi jadi aku hanya mampu diam... Setelah hampir setahun kami kenal banyak kenangan kami bersama-sama... Kadang kala kami bergaduh tapi hanya sekejap jak lah lepas tu berbaik semula.... tapi masa nie aku belum cukup mesra lagi dengan yang lain aku hanya mesra dengan Ramlah, Rafidah, Mariana dan Safinah... Aku masih ingat lagi masa  hari aspuri yang masa tu bertemakan 'tropicana night' aku tidak bersefahaman dengan Safinah... Semua ini terjadi sebab aku tidak tunggu dia makan bersama-sama di dewan, aku sebenarnya  malas nak tunggu orang jadi kalau dah lama sangat aku tunggu aku tinggal kan lah... tapi mungkin dia tengah sedih masa tu... Hampir seminggu kami tidak bertegur sampai lah satu masa ada aktiviti sukaneka sempena minggu tropicana dia ikut pertandingan tarik tali mungkin dia penat terus pengsan di tengah padang aku pun terus berlari ke arahnya untuk tolong dia masa tu aku tidak hiraukan kan pergaduhan kami... Lepas dari tu kami berbaik semula... sebenarnya mar tidak suka bergaduh dengan rakan-rakan tapi mereka yang selalu  marah dengan Mar tidak  tahu apa salah.... Dari situ baru lah dia tahu siapa kawan yang sebenarnya sebab masa dia pengsan kawan yang selalu dengan dia tidak datang pun untuk menolong.... sepanjang minggu tu banyak aktiviti yang diadakan seperti sukaneka, kawad kaki, pertandingan memasak dan pertandingan 'miss tropicana'... Masa malam terakhir semua pakai pakaian ala-ala tropicana aku hanya pakai baju kurung saja... sebab aku tidak pandai bergaya....

Dalam awal tahun 2010 pihak asrama dan unit bimbingan dan kauseling membuat satu sesi orentasi untuk semua pelajar asrama termasuk lah exco... Kami lah tu... orentasi ini bertujuan untuk memupuk semangat kerjasama, berdikari dan untuk memotivasikan diri para pelajar...aktiviti yang tidak dapat dilupakan masa kami di suruh berjalan secara berkumpulan dari asrama hingga lah ke sekolah... penat tau masa tu kalau jalan biasa tidak apa juga nie pertama kami kena menuruni bukit menggunakan tali... banyak juga pelajar yang jatuh hehehhehe lepas tu kami disuruh berjalan cara penguin... sampai ke stesen seterusnya kami di suruh plak jalan cara itik sambil bersuara seperti itik... penat rasa macam nak semput juga... lepas tu kami di suruh plak menyusur seperti ular habis semua kotor....sampai kesatu kawasan longkang kami d suruh merangkak di longkang tu nasib lah orang yang belakang sekali kena air longkang... hehhehehe tidak habis di situ sampai ke kawasan padang wakil setiap kumpulan mesti menari bersama tiang hahahha lucu.... selesai semua menari kami jadi askar sekejap merangkak seperti askar yang sedihnya cikgu-cikgu yang ada di situ lemparkan kami  lumpur kalau baju tidak apa juga nie muka.... sadis berbedak kan lumpur lah kami masa tu... Lepas tu dengan rupa seperti badak yang baru habis berendam dalam  lumpur kami disuruh berbaris..... hahahha lucu kalau di ingat masa tu mang tidak dapat tahan ketawa... Sampai jak di asrama dekat seminggu rendam baju untuk menanggalkan lumpur.....

Lepas tu kami pula exco asrama yang buat orentasi untuk pelajar tingkatan 1 dan tingkatan 6 rendah...Yang tidak best nie ada pelajar tingkatan 1 yang tunjuk kepala... Habis aku kerjakan masa tu lepas dari tu langsung dia diamkan diri jak tidak berani bersuara... Mar kalu orang kurang ajar Mar akan ajarkan... Kalau di rumahnya sendiri nak kurang ajar boleh tapi kalau di asrama lepas tu kurang ajar dengan kawan-kawan kena hadapi aku dulu.... bukan nak tunjuk  terer sangat tapi ya lah sebagai exco kena lah tegur...Lepas tu dia langsung berubah jumpa aku mesti bagi  salam... Budak-budak nie kena di ajar jugakan... Tapi yang Mar kesian kan dengan dorang nie masa aktiviti 'mencari dimana saya' lucu tapi kesian juga... aktivitinya serupa dengan aktiviti mencari harta karun yang jahatnya exco nie denda bagi setiap checkpoint dorang kena makan satu biskut.. Biskut tu mereka kene pilih, ada 3 pilihan satu berinti kan lada sulah, gula dan garam... kalau dapat gula kira oklah kalau dapat lada sulah hahahahaha kesian.....

Sebagai exco nie banyak juga lah tugasan yang kami kena buat sendiri...tapi atas penyeliaan warden asrama.. Antaranya sambutan hari kemerdekaan, sambutan Hari Raya, Hari anugerah asrama dan banyak lagi...aku sebagai exco keselamatan merangkak exco dewan makan tugas ku dalam bidang makanan jak lah... semua berkenaan menu hingga lah susun atur makanan aku yang uruskan di bantu oleh ajk yang lain....selain makanan aku juga turut membantu rakan yang lain dalam menyediakan kertas kerja, surat jemputan dan tentatif program... Program yang pertama sekali kami buat ialah sambutan hari kemerdekaan... Ini lah detik permulaan segalanya.. aku pun tidak tahu kenapa aku  yang terpilih dah lah pelajar yang baru menjejakkan kaki ke sekolah tu... Mugkin atas kepercayaan kot hehehehhehe... segala aktiviti sepanjang program tu kami yang rancang sendiri... tapi yang bestnya kami pun boleh juga ikut serta pertandingan yang di adakan seperti pertandingan lagu patriotik, pertandingan cipta menara yang paling penting pertandingan bilik berhias... Bilik Mar johan pertandingan bilik... pertandingan lain pula bilik kami naib juara jak....

Tinggal asrama nie banyak dugaannya... yang paling membimbangkan masa kes pencerobohan hari tu... fuhhh kena pula semua nie atas tanggungjawab aku... terpaksa hadapi lah... malam juga jadi siang, siang ku tetap jadi siang... apa tidaknya terpaksa berjaga malam untuk memastikan kawasan asrama selamat... Ceritanya ada pelajar aspuri ternampak sekumpulan lelaki yang tidak dikenali berada di luar pagar asrama aspuri... Lepas dari tu kami selalu terdengar suara orang memanggil di sebalik bukit kawasan kami sidai baju... sampai pihak asrama memasang lampu sportlight baru puas.... Kalau eletrik terputus jak situ lah semua takut masing-masing dalam bilik berkurung segala benda di simpan di balik pintu supaya orang tu tidak dapat masuk ke dalam bilik.. aku teraksa lagi buat rondaan macam sekuriti la pula.. dalam berani tu ada juga takutnya...kena kita yang di ambil tidak ka mampus....hehehehe kerja exco nie memang penat.. kena lagi kalau ada kes yang melibatkan asrama kami juga lah yang terpaksa uruskan... haaaaah Mar ingat lagi dalam bulan 9 la kot tidak ingat lah bila masanya tapi yang mar ingat Mar bersekolah sehari semalam.. Ceritanya pada siang hari pelajar tingkatan 6 atas ada program ceramah kaedah menjawab soalan pengajian am STPM.. habis ceramah aku,  fandyi,Rosini dan Suzie terus ke pertandingan kenegaraan yang di adakan di St Mary... Kami dapat tempat ke lima jak... tapi kira oklah sebab kami kira top 5 antara 14 sekolah yang masuk bertanding...Lepas tu kami ada ceramah lagi di SM Agama Sandakan penat tu...

Nak dijadikan cerita nie sampai jak aku di asrama dah lah penat terus di suruh berkumpul belum sempat lagi masuk bilik  kes kecurian punya pasal lah nie...Kalau lah aku thu sapa yang curi memang aku pergi curi barang nya balik.... aku dah lah penat angan masa dalam kereta nak bermanja dengan bantal last-last terpaksa bermanja dengan kerusi... Yang pencuri nie pun satu dah di bagi peluang tidak akan dikenakan tindakan tidak pula nak mengaku.. Jadi terpaksa lah kami tunggu hingga ada yang mengaku... Tunggu punya tunggu sampai ke malam tidak ada sorang pun nak mengaku... Warden panggil kami exco asrama buat apa yang patut supaya ada yang mengaku... Aku yang dah memang penat nie pa lagi habis semua aku kerjakan.. Bukan pukul tanya jak lah... hehehehehe tapi xda juga yang nak mengaku terpaksa lah kami tidur berhimpit-himpit di bilik tu bayangkan satu bilik yang besar bilik tidur di rumah nak muatkan kami hampir 150 orang huhuhuhuhu bayangkan lah macam mana keadaan kami masa tu.. Sampai kan ada yang terpaksa tidur di kerusi yang ada di luar aku lah salah satunya kalau lah ada penceroboh habis lah kami... Tepat pukul 5.00 pagi Warden kejutkan " dah jumpa pencuri tu?" kata warden, aku pun jawab lah 'belum lagi cikgu' punya lah cikgu tu hampa dapat juga lah ku tengok airmtanya jatuh mungkin kesal sebab tidak ada yang mengaku atau pun mungkin terharu tengok kami tidur macam mangsa banjir... hehhehehe tepat pukul 6.30 pagi kami di suruh sarapan lepas tu balik bilik semula.... dengan mata yang sepet dan baju sekolah yang semalaman diguna tidak ditukar pergilah sarapan.... seharian aku bersekolah boleh dikategorikan sebagai pelajar cemerlang.. hehehehe perasan....

Hujung tahun 2010 aspuri mengadakan 'hari aspuri' hari aspuri nie setiap tahun akan diadakan tapi berlainan tema.. Tema tahun 2010 'kayangan night' ala-ala permaisuri kayangan... hehehehe antara aktivitinya ialah kawad kaki statik, futsal, sukaneka, pertandingan menyanyi,dan  pertandingan pakaian tradisional... aku urus bahagian futsal... susah juga urus bahagian nie banyak yang aku tidak tahu... aku pasal main aku minat lah tapi kalau urusnya aku tidak seberapa minat...banyak perkara lucu yang terjadi sepanjang aktiviti di jalankan... tapi Mar dah tidak ingat lah....Yang Mar tahu malam kemuncak tu mar dapat anugerah akademik terbaik... Kami berlakon aku jadi raja.. (Raja tempang hahahahaha) adakah!!!!!! ceritanya sama macam cerita cinderela... tapi mang lucu lah babak yang aku tidak dapat lupa masa cinderela tertinggal selipar... Dalam cerita sebenar kasut tapi dalam lakonan kami selipar 'Jepun' dah tu cinderela sendiri yang tinggalkan bukan jatuh tapi dia yang simpan sendiri mang lucu lah.... Lepas lakonan kami menyanyi pula untuk Warden kami sebab dia akan pindah sedih juga lah... emmm semua kenangan jak....

Tahun 2010 lah tahun yang banyak menyimpan kenangan ku sepanjang aku berada di asrama dan bersama kawan-kawan..aku yang dulunya dianggap skema rupanya seorang yng kuat ketawa dan sering menjadi penghibur mereka.. saat kami berbuka bersama, terawih bersama dan beraya bersama.. Masih teringat lagi saat aku tidak bertegur dengan Ramlah dan Mariana kisahnya  biarlah hanya kami yang tahu.. Hingga seminggu lagi bakal duduk exam baru kami berbaik semula... tidak bererti persahabatan kalau selamanya indah tanpa ada sebarang perselisihan faham.. tapi itu semua lah yang telah mengajar ku menghargai apa itu erti persahabatan.... terima kasih kepada kawan-kawan ku yang sudi bersama dengan ku sepanjang aku berada di segaliud...

Exco asrama yang sering melakukan tugas tanpa penat dan Warden yang sentiasa
memberikan tunjuk ajar dengan kami....!!!!!! Gambar ini diambil sebelum warden
kami nak gerak ke sekolah baru.... Banyak memori ku bersama  rakan-rakan Exco nie.....


aku dan Rujilea kawan sebilik ku!!!!!
masa nie pertandingan menyanyi sempena minggu 'kayangan night'
sempat lagi post... macam juru teknik la pula kan.... hehehehehehe

aku dan Baby....... Trep jak nie smua

baby dan dila..... !!!!! 
Ramlah.... aku selalu p rumahnya tidur sana
kalau balik kampung, mau balik rumah jauh
jadi aku p jak lah rumahnya.......!!!!!!
emmmmm...... sini jak lah ya..... bye....

No comments:

Post a Comment