Saturday 3 September 2011

kenangan sekolah rendah....!!!!!!

Salam............
Nama ku Mardiana Binti Roslan umur emmm 20 tahun dah pun.....
Sini aku ingin cerita lah kenangan semasa aku sekolah rendah dulu... Aku belajar masa tu di Sekolah Kebangsaan Paris, Kinabatangan, Sabah...... tadika???? Aku tidak pernah merasai zaman tadika atau pun Pra-sekolah.. Aku terus masuk darjah satu. Masa aku mula-mula masuk sekolah aku di hantar oleh bapa dan abang.. First time sekolah mang seronok pun.. Masa itu banyak kawan-kawan ku yang menangis..ya lah nak balik rumah..Aku selamba jak la buat apa nak nangis kan ...Aku masih ingat lagi masa tu bapa dan abang ku tengok aku dari luar ..yang hairannya aku tidak nangis tapi mereka pulak yang nangis...emmmm sedih kot tengok aku gembira belajar.. Rakan yang pertama aku jumpa namanya Kasmawati ala dia tinggal satu tempat sama aku juga lah...hehehhee masa pertama di sekolah fuhhhh kami di suruh lukis tangan sendiri lepas itu warna kan....bukan main lagi gembira time tu first time pegang pensil la katakan...hehehehe 

    Kelas ku masa itu 1 Bestari.. Masa aku sekolah rendah aku selalu dapat kelas B jak....hehehhe rindu la masa kanak-kanak dulu..Yang paling tidak dapat di lupakan masa doktor gigi datang buat pemeriksaan gigi.. taktut lah..gigi Mar masa itu mang teruk la..itu la kesannya orang yang suka makan gula-gula dan coklat. Masa aku darjah 3 banyak juga gigi yang dicabut dalam lima batang lah....aduhhh sakitnya... masa itu semua Nurse yang ada di situ tolong cabut kan gigi ku tidak tahu la mungkin keras kot jadi Nurse yang cabut gigi ku tidak sanggup untuk cabut dengan tenaga sendiri jadi dia minta tolong kawannya yang lain.. Lama juga lah proses mencabut gigi ku masa itu dari selepas rehat dalam pukul 12.00 tengah hari sampai lah habis waktu persekolahan.. sampai jak di rumah dari jauh kakak ku dapat tahu yang gigi ku di cabut...mang tidak dapat lupa lah sampai sekarang aku jaga gigi tidak mau lagi dicabut...sakit.........

Hah...lagi satu kenangan yang tidak dapat di lupa masa aku dalam darjah enam.. masa nie aku nak menduduki peperiksaan UPSR. Aku aktif dalam sukan masa nie...sukan yang aku paling minat Lari Berpalang sukan ini sememangnya mencabar tapi aku n kira ada kelebihan lah dalam sukan nie walaupun kaki ketot tapi kuat melompat. Masa itu sukan sekolah aku menyertai pelbagai acara seperti lari berpasangan, kawad kaki dan lari berpalang...Yang aku nak cerita ini masa aku menyertai acara 200M lepas jak tiba ke garisan penamat aku jatuh pengsan..sedih!!!!sedih!!! lepas itu semua acara ku di ganti dengan kawan ku yang lain... kesian. Pertengahan semester dekat-dekat nak ambil peperiksaan aku masih aktif. Aku pernah ikut perlawanan bola sepak perempuan yang diadakan di sekolah kami juga. Masa perlawanan  persahabatan pasukan sekolah kami kalah tapi bagi team perempuan lah, team lelaki menang... Masa pertandingan pulak team kami menang dapat juara lagi tapi team lelaki pula dapat tempat ketiga. Aku sebagai pertahanan kanan.. susah juga main bola inim sampai kaki aku sakit...aq di panggil untuk menyertai perlawana peringkat daerah tapi beliau tidak bagi sebab mereka nak aku fokus dalam pelajaran.. Alhamdullilah dapat juga lah result yang baik biarpun tidak lah cemerlang sangat...

Kenangan yang menyeramkan masa sekolah rendah nie ialah Histeria... ya lah mana-mana sekolah pun mesti ada kes histeria... Belakang sekolah kami ada kolam yang orang tidak boleh pergi tempat itu sebab orang cakap tempat itu keras... nak di jadikan cerita hari tu kami kelas kami di pindah kan ke kawasan atas bukit.. jalan nak pergi bukit tu melalui kolam tersebut. ya lah budak-budak kan mesti lah mulut tidak boleh tutup.. sampai jak kami di kelas ada kawan nie menjerit-jerit...kami tidak tahu nak buat apa lepas satu, satu macam berjangkit pula... sampai lah sekolah kami di istiharkan cuti disebabkan peristiwa histeria..

itu lah serba sikit memori masa Mar sekolah rendah... tidak banyak lah kenangan tapi masa sekolah rendah lah saat yang paling manis dalam hidup Mar....sekian  jumpa lagi




No comments:

Post a Comment